Video gol SELANGOR vs Lions XII 2012

Video gol SELANGOR vs LIONS XII – Liga Super 2012

Posted in Gelagat Manusia | Tagged , , , , , | Leave a comment

Gambar & Video gol TERENGGANU vs Kitchee FC 2012

su 02.1 Gambar & Video gol TERENGGANU vs Kitchee FC 2012

PEMAIN Terengganu, Shukor Jusoh (tengah) diasak pemain Kitchee FC pada aksi Piala AFC 2012 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu semalam

Video gol TERENGGANU vs Kitchee FC 2012

Posted in Sukan | Tagged , , , , , | Leave a comment

Video gol TERENGGANU vs SABAH 2012 – Liga Super

Video gol Terengganu vs Sabah 2012 – Liga Super

Posted in Sukan | Tagged , , , , , | 1 Comment

Video gol Negeri Sembilan vs Kedah 2012 – Liga Super

Video gol Negeri Sembilan vs Kedah 2012 – Liga Super Malaysia

Posted in Sukan | Tagged , , , , , | Leave a comment

Video gol T-Team vs Johor FC 2012 – Liga Super

Video gol T-Team vs Johor FC  2012 – Liga Super Malaysia

Posted in Sukan | Tagged , , , , | Leave a comment

Video gol SELANGOR vs KUALA LUMPUR 2012 – Liga Super

Video gol SELANGOR vs KUALA LUMPUR 2012 – Liga Super Malaysia

Posted in Sukan | Tagged , , , , , | Leave a comment

Gambar & video KELANTAN vs PERAK 2012

428191 10150676239438094 245537323093 9149824 1699901468 n Gambar & video KELANTAN vs PERAK 2012

SUMBER

Video gol KELANTAN VS PERAK 2012 – Daud Su

Video gol KELANTAN vs PERAK 2012 – Zairul Fitree

Posted in Sukan | Tagged , , , , | Leave a comment

Cinta Simon Cowell ditolak 65 kali

Juri The X-Factor, Simon Cowell, mungkin kelihatan hebat di kaca televisyen, namun hakikatnya dia kurang bernasib baik dalam kehidupan peribadi.

image Cinta Simon Cowell ditolak 65 kali

Tatkala usianya sudah menginjak 52 tahun, Simon nampaknya masih belum menemui wanita yang sesuai dijadikan isteri.

Simon yang dikenali dengan kritikan berbisanya ini rupa-rupanya sudah banyak kali kecundang dalam percintaan.

 

Posted in Gelagat Manusia, Karenah Selebriti | Tagged , , , , , | Leave a comment

Noraniza Idris Nazar Pulut Kuning Untuk Kurus

Kak%20Ani Noraniza Idris Nazar Pulut Kuning Untuk Kurus

Noraniza bersama produk Tahitian Noni.

 

KUALA LUMPUR: Penyanyi Noraniza Idris telah bernazar untuk menghantar pulut kuning ke masjid di kawasan perumahannya jika berjaya menurunkan berat badan sebanyak lima kilogram dalam masa sebulan.

Noraniza yang lebih mesra dengan sapaan Kak Ani berkata, nazar itu dibuat selepas membaca sebuah artikel dalam sebuah akhbar mingguan pada Ahad lalu yang mengatakan berat badannya telah meningkat.

“Sebelum ini Kak Ani sedar yang berat badan telah meningkat sebanyak 12 kilogram tetapi tidak membuat apa-apa mengenainya. Bagaimanapun selepas membaca artikel berkenaan, ia telah memberi kesedaran kepada Kak Ani untuk melakukan sesuatu.

“Atas dasar itu juga Kak Ani bernazar sekiranya dapat menurunkan berat badan sebanyak lima kilogram dalam masa sebulan, Kak Ani nak hantar pulut kuning ke masjid,” ujarnya kepada mStar Online tanpa mahu mendedahkan beratnya sekarang.

Noraniza ditemui ketika majlis sidang media memperkenalkan produk Tahitan Noni di Mid Valley dekat sini, pada Rabu.

Penyanyi lagu “Awalah Dondang” itu turut menolak tekan teki kononnya sedang hamil ekoran penambahan berat badan itu namun tidak akan menolak sekiranya diberikan rezeki daripada Allah terhadap perkahwinan barunya itu.

Ujar Noraniza, penambahan berat badannya itu berlaku apabila dia terlalu sibuk dengan pelbagai tugas sehingga tidak mengambil berat mengenai kesihatan.

“Sebelum ini Kak Ani aktif bersenam atau pun menjalani latihan tarian tetapi sekarang agak sibuk dengan urusan syarikat bersama suami termasuklah kadang kala perlu menyiapkan kertas kerja sehingga lima pagi.

“Dari situ juga tabiat pemakanan Kak Ani berubah apabila sering makan pada tengah malam yang telah menyumbang kepada peningkatan berat badan,” ujarnya.

Tambah beliau, anak sulungnya, Aliff yang bekerja sebagai jurulatih peribadi disebuah pusat kesihatan turut menawarkan diri untuk membantunya mencapai berat badan ideal.

//petikan mstaronline //

Posted in Gelagat Manusia, Karenah Selebriti | Tagged , , , , | Leave a comment

Jururawat kemaruk span

 Jururawat kemaruk span
KERRY gemar makan span bersama sos.

 Jururawat kemaruk span
KERRY memamah span.

LONDON: Seorang jururawat pergigian semalam mendedahkan bagaimana dia memakan 4,000 span kerana penyakit ganjil.

Kerry Trebilcock, 21, juga memakan lebih 100 ketul sabun.

Dia menghidap pica, sejenis penyakit yang menyebabkan mangsa suka memakan barangan bukan makanan.

Kerry yang berasal dari Mylor, Cornwall berkata: “Satu hari kelak, saya akan mengatasi masalah ini dan mandi atau membasuh baju tanpa merasa lapar.” Menurut Kerry, dia suka mencicah ‘snek’ ganjilnya dengan sos cili atau mustard.

Kadang-kala dia memakannya dengan mencicah span itu ke dalam minuman teh atau coklat panas.

Dia juga memakan ketulan sabun, tetapi yang berperisa buah organik. Yang menjadi kegemarannya ialah sabun berperisa lemon dan limau nipis.

Kerry berkata: “Saya memberi tumpuan khusus mengenai jenis span dan sabun yang saya makan dan cara saya menyediakannya.

“Jika saya keluar bersiar-siar, saya akan membawa plastik kecil berisi span yang sudah dipotong dan dicampurkan dengan sos tomato atau BBQ. Saya tidak pernah meninggalkan makanan itu.” Ada penghidap pica lain memakan besi, arang, pasir atau kapur. Malah ada yang memakan mentol lampu dan perabot.

Kerana tabiat pemakanannya, Kerry pernah mengalami sakit perut yang teruk dan cirit-birit.

Meskipun dia sudah mengurangkan memakan span, dia gagal untuk menghentikan tabiat itu sama sekali.

Pernah dia memakan lima span sehari bersama-sama sos cili, BBQ, jem dan madu.

“Sos itu akan melembutkan span berkenaan. Begitu juga jika ia dicicah ke dalam minuman panas. Saya akan mengunyahnya sehingga perisanya hilang dan kemudian menelannya.” Menurut jururawat itu, dia mulanya gemar memakan makanan remeh. Tetapi sesuatu peristiwa ganjil berlaku.

“Selepas makan lasagna dan satu bekas ais krim pada satu malam, saya masih lapar.

“Untuk mengalihkan perhatian, saya ambil keputusan untuk membasuh pinggan mangkuk dan mengeluarkan span baru daripada bungkusan. Tiba-tiba datang keinginan untuk memakannya.

“Saya duduk dengan segelas air dan mengunyah span itu hingga habis.

“Ia tidak mempunyai rasa tetapi saya mendapati keseronokan untuk memakannya. Akhirnya, saya tidak lapar lagi dan perut saya rasa puas.
“Selepas itu, saya merasa malu dan takut serta menangis sehingga tertidur. – DM

Posted in Berita Tergempar, Gelagat Manusia | Tagged , , , , , | Leave a comment