GAMBAR fail menunjukkan Wayne Rooney dan isterinya, Coleen.
LONDON – Dengan wajah sugul, bintang bola sepak England, Wayne Rooney berlepas ke Switzerland semalam selepas dia merayu kepada isterinya, Coleen supaya memaafkannya kerana dia melanggan seorang pelacur Jennifer Thompson, lapor sebuah akhbar semalam.
Rooney, 24 dilihat menyertai rakan-rakan sepasukannya di Lapangan Terbang Luton pada pagi semalam.
Penyerang England itu sedar dia terpaksa membayar harga tinggi kerana curang terhadap Coleen, 24, dengan melakukan seks bersama pelacur tersebut, Jenny Thompson dan seorang lagi wanita semasa isterinya sedang sarat mengandung.
Rooney, 24, dilihat berlinangan air mata selepas menelefon isterinya untuk memohon maaf berhubung kecurangannya dengan pelacur tersebut yang mengenakan bayaran £1,200 (RM5,750) semalam.
“Hidup saya telah musnah. Saya sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan perkahwinan kami,” kata pemain itu kepada beberapa rakannya.
Bintang bola sepak itu yang turut bermain untuk kelab terkemuka, Manchester United, (MU) turut dikecam dan dihina oleh keluarga sendiri kerana sikapnya yang gemar berfoya-foya dengan pelacur.
“Bintang-bintang bola sepak lain dikejar oleh wanita tetapi dia (Rooney) terpaksa membayar pelacur untuk mendapatkan seks. Dia memiliki banyak wang tetapi akalnya pendek,” kata seorang sepupu wanitanya, Natalie Rooney.
JENNIFER THOMPSON
Sebelum ini, Coleen dilaporkan memihak kepada Rooney berhubung kecurangan yang dilakukannya pada masa silamnya.
Namun, dia dipercayai tidak tahan lagi dengan sikap kaki perempuan lelaki itu.
Coleen dijangka memfailkan perceraian di sebuah mahkamah dengan pembahagian harta sepencarian dianggarkan mencecah berjuta-juta pound sterling.
Wanita itu dilaporkan akan berbuat demikian kerana bimbang terdapat ramai lagi pelacur akan tampil dan mengaku menjadi teman ranjang suaminya.
Walaupun krisis melanda rumahtangga nya, Rooney masih menyertai sesi latihan bersama pasukan England tetapi dia ‘diseludup’ masuk dan keluar bagi mengelak diserbu pihak media dan para peminat.
Setakat ini, Jenny, 24, merupakan pekerja seks keempat yang pernah ditiduri Rooney.
Hubungan mereka terjalin di antara Jun dan September tahun lalu selepas kedua-duanya berkenalan di sebuah kasino di Manchester ketika Rooney sedang minum bersama rakan-rakannya.
Dalam pada itu, Jenny yang menganggap Rooney seorang yang membosankan semasa berada di atas katil menyatakan dia berhenti menghubungi bintang bola sepak England tersebut selepas Coleen melahirkan anak lelaki pada Novermber lalu. – Agensi
GAMBAR fail menunjukkan Wayne Rooney dan isterinya.
LONDON – Bintang pasukan bola sepak England, Wayne Rooney menipu isterinya, Coleen selepas dia didapati melanggan seorang pelacur, Jennifer Thompson, lapor sebuah akhbar semalam.
Rumah tangga Rooney yang merupakan pemain kelab bola sepak Manchester United (MU) kini dilambung ombak selepas dia melanggan pelacur itu semasa isterinya sedang hamil.
Rooney berkahwin dengan Coleen dua tahun lalu selepas enam tahun mereka menjalin hubungan.
Bintang bola sepak itu dilaporkan tidur dengan Jennifer yang meletakkan caj £1,200 (RM5,775) satu malam.
Dia melanggan pelacur itu tujuh kali dalam tempoh empat bulan.
Mereka menjalin hubungan seks di salah sebuah hotel paling eksklusif dan mengunjungi kelab malam serta kasino bersama-sama.
Pada 2004, Rooney dilaporkan telah mengunjungi rumah pelacuran di Liverpool dan mengaku melanggan seorang
wanita berumur 48 tahun.
Pendedahan terbaru itu akan mencetuskan spekulasi bahawa kehidupan peribadinya telah menjejaskan prestasinya pada kejohanan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan pada Jun lalu.
Pada pertandingan itu, skuad England yang disertainya hanya melangkah ke pusingan kedua sebelum tewas kepada Jerman 4-1.
Jennifer dari Bolton kelmarin mendedahkan bahawa Rooney menghantar mesej seks selain membayar sejumlah wang tunai kepadanya.
Pelacur tersebut bertemu buat kali pertama dengan Rooney pada Jun tahun lalu di Kasino 235 Machester, lima bulan sebelum Coleen melahirkan anak lelaki bintang England itu.
Semasa itu, Rooney minum bersama dengan rakan sepasukannya, Rio Ferdinand.
Bintang bola sepak itu memanggilnya ke ruang tetamu penting dan pelacur tersebut mendedahkan mereka bercium di dalam kasino berkenaan.
Jennifer berkata, Rooney menggunakan nombor telefon berbeza semasa menghubunginya.
Menurut pelacur itu, dia dan seorang rakan wanitanya pernah bermalam bersama Rooney di Hotel Lowry di Manchester pada tahun lalu.
Jennifer berkata, dia turut menghantar gambar-gambarnya yang memakai bikini di Internet. – Agensi
HEIDI MONTAG yang sebelum ini pernah melakukan beberapa pembedahan membesarkan payu dara dan pada bahagian hidung kini berasa risau dirinya akan mengalami nasib seperti Michael Jackson. Dia yang popular menerusi siri The Hills terkenal kerana pernah menjalankan 10 pembedahan kosmetik dalam sehari.
Kini, aktres itu berasa menyesal kerana membesarkan payu daranya kepada saiz G dan mahu mengeluarkan implan tersebut. Katanya: “Payu dara saya membuatkan saya menyesal. Badan saya masih cuba untuk menerima payu dara itu.
“Saya mengambil banyak pil tahan sakit tetapi ia tidak berkesan. Ia amat menyakitkan. Saya terdesak untuk mendapatkan kembali saiz normal. Saya akan mengecilkan saiz mungkin kepada saiz D.”
Aktres berusia 23 tahun itu juga menyatakan dia tidak mampu menjalani kehidupan normal kerana saiz payu daranya. Tambah Heidi: “Saya obses dengan senaman dan adalah mustahil bagi saya untuk bersenam dengan payu dara sebenar ini. Saya tidak boleh menjalani kehidupan biasa.”
Selain daripada itu, Heidi juga memakai pita hidung sejak November lalu kerana risau hidungnya akan jatuh. Jelasnya kepada majalah Life and Style: “Saya cuba mengekalkan hidung saya seperti mana yang dibedah oleh Dr. Frank Ryan. Saya tidak mahu hidung saya jatuh.”
Namun, Heidi juga takut dia tidak mampu memperbaiki kesan yang berlaku selepas pembedahan kerana Ryan telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya awal bulan ini.
“Saya rasa seperti terperangkap dalam diri sendiri. Tiada apa yang boleh diperbaiki. Ryan tahu apa yang dilakukannya dan dia tahu segala-galanya mengenai badan saya,” ujarnya.
Heidi juga mengaku pembedahan dramatik itu telah menyumbang kepada masalah perkahwinannya bersama aktor Spencer Pratt.
Kata Heidi: “Tiada orang yang mahu menjaga isteri yang kelihatan seperti dia baru sahaja mengalami kemalangan teruk. Dia ada merayu supaya saya tidak melakukan pembedahan.”
BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand menggunakan kuasa darurat untuk menyekat capaian domestik ke atas laman web yang mendedahkan rahsia kerajaan kepada umum, WikiLeaks, atas alasan keselamatan, kata seorang pegawai kerajaan semalam.
Arahan itu dibuat oleh unit kerajaan yang ditubuhkan untuk mengawasi perbincangan mengenai rusuhan politik yang menggegarkan ibu kota negara ini awal tahun ini, kata seorang jurucakap Kementerian Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Capaian terhadap laman web ini digantung sementara menggunakan perintah darurat 2005, katanya.
Thailand menyekat puluhan ribu laman web internet sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terutama kerana menghina monarki, jenayah serius yang boleh dihukum sehingga penjara 15 tahun.
Satu unit khas jenayah siber turut ditubuhkan untuk menamatkan kritikan online ke atas keluarga diraja.
Pemerintahan darurat yang dikekalkan dalam undang-undang Thailand sejak 2005, dikuatkuasakan ke atas sebahagian besar negara itu Thailand pada pertengahan Mac lalu ketika bantahan antikerajaan yang menyebabkan 91 maut.
Pihak berkuasa menggunakan pemerintahan itu yang masih kekal di tujuh daripada 76 wilayah Thailand termasuk ibu kota ini, bagi menahan beratus-ratus suspek dan menutup mulut media antikerajaan.
Wikileaks menjadi fokus antarabangsa sejak beberapa minggu kebelakangan ini selepas ia mengeluarkan ribuan dokumen tentera berhubung konflik di Afghanistan.
Ia termasuk dakwaan pertemuan di antara perisik Pakistan dan Taliban serta cubaan menyembunyi insiden kematian orang awam disebabkan tentera antarabangsa.
Laman web itu juga mendedahkan nama sesetengah pemberi maklumat Afghanistan, mencetuskan dakwaan tentera Amerika Syarikat bahawa kebocoran itu membahayakan nyawa.
JAKARTA: Berikutan dihantui kemelut gambar separuh bogelnya sebelum ini, Cynthiara Alona berazam menggunakan kesempatan mengerjakan umrah kali ini dengan berdoa bersungguh-sungguh supaya isu itu tidak lagi jadi topik perbualan.
Ketika ditemui di Lapangan Terbang Sukarno Hatta sejurus sebelum berangkat ke Makkah semalam, Cynthiara berkata, sebelum ini pun dia sering memanjatkan doa itu.
Katanya, dia berharap isu gambar separuh bogel yang membelenggu dirinya dilupakan masyarakat dan tidak diperkatakan lagi.
“Ketika ini saya hanya mahu merehatkan otak dan mendekatkan diri kepada Tuhan.
“Nanti, bila pulang dari Makkah, saya akan berehat seketika daripada menerima sebarang tawaran kerana selama ini rasanya saya sangat jauh dari Tuhan,” katanya.
Terkenal dengan penampilan seksi sebelum ini, apabila ditanya sama ada dia akan mengubah pendekatan itu di tempat umum, Cynthiara enggan memberikan sebarang penegasan.
Katanya, walaupun ramai rakannya memuji apabila dia bertudung, ia mungkin disebabkan selama ini mereka hanya melihatnya berpakaian seksi.
Cynthiara mengerjakan umrah bersama ibu bapanya.
Katanya, dia belum bersedia mengerjakan haji tetapi umrah, ia memang ada terlintas di hatinya dua tahun lalu.
Katanya, dia tidak merancang mengerjakan ibadah itu sempena Ramadan.
“Tapi tiba-tiba ada keinginan untuk saya berangkat ke Makkah dan apabila melakukan persiapan, ia pula berjalan lancar, maka kami berangkat hari ini,” katanya. – Agensi
Dimuat naik pada 5 Ogos lalu, setakat ini klip video itu dikunjungi 280,000 pelawat Internet selepas sebuah akhbar utama menyiarkan laporan mengenainya di muka depan, semalam.
Seorang daripada sembilan anggota polis yang terbabit dalam persembahan itu, Leftenan Kolonel Tanakorn Doltanakan, berkata mereka tidak menyangka ia mendapat sambutan hangat.
“Kami melakukannya hanya untuk bersuka-ria,” katanya.
Mereka terdiri daripada anggota unit Polis Pelancong Thailand yang membuat persembahan dengan lagu Sory Sory yang dipopularkan kumpulan remaja Super Junior dari Korea Selatan. -
Gambar bertarikh 6 April 2006, ketua editor majalah Playboy Indonesia, Erwin Arnada menunjukkan naskhah pertama dan terakhir majalah itu di Jakarta. – AP
JAKARTA 26 Ogos – Pendakwa raya hari ini mencari bekas ketua editor majalah Playboy Indonesia selepas mahkamah tertinggi negara ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadapnya kerana menyiarkan gambar wanita berpakaian mendedahkan tubuh.
Erwin Arnada dibebaskan oleh Mahkamah Daerah Jakarta Selatan pada April 2007, selepas hakim mahkamah itu menyatakan gambar berkenaan tidak boleh dikategorikan sebagai bahan lucah di bawah kod jenayah Indonesia.
Rayuan kes tersebut dikemukakan di Mahkamah Agung, yang memutuskan bahawa tertuduh disabit kesalahan pada 2008, tetapi keputusan itu hanya dimaklumkan kepada pendakwa raya semalam.
Masih belum jelas mengapa keputusan itu hanya diberitahu selepas dua tahun mahkamah menyabitkan kesalahan terhadap Arnada.
“Saya hanya mengetahui tentang perkara ini semalam. Saya tidak tahu sebab keputusan ini lambat diumumkan dan mengapa baru sekarang ia diberitahu. Dia (Arnada) masih bebas,” kata ketua pendakwa raya, Yusuf yang menambah, pihaknya sedang mencari bekas editor itu supaya dia boleh dibawa ke penjara.
Indonesia, sebuah negara sekular yang dihuni paling ramai penganut Islam di dunia, mengamalkan kebebasan media dan mempunyai sejarah tolak-ansur yang panjang, walaupun satu kumpulan pelampau kecil dilihat lantang bersuara dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
Anggota Barisan Pertahanan Islam (IDF) yang mengemukakan kes terhadap Erwin, menyerbu pejabat Playboy di selatan Jakarta tidak lama selepas majalah Amerika versi Indonesia itu berada di pasaran pada 2006.
Sejak itu, penerbitan majalah tersebut dihentikan.
“Mengapa Arnada tidak berada di penjara? Ini mengarut kerana kita hanya diberitahu tentang perkara ini sekarang. Ia seolah-olah cuba menyembunyikan kes ini daripada kita,” kata seorang daripada peguam, Munarman.
Panggilan telefon yang dibuat bagi mendapat ulasan lanjut tidak dijawab oleh Arnada atau pegawai Mahkamah Agung. – AP
JAKARTA: Mahkamah Indonesia mengekalkan keputusan pengharaman terhadap filem Balibo yang diterbitkan karyawan filem Australia, semalam.
Filem Balibo mengisahkan jenayah perang didakwa dilakukan angkatan tentera Indonesia di Timur Leste. Sebelum itu, hakim turut menolak bantahan Kesatuan Wartawan Bebas (AJI) mengenai pengharaman filem itu yang mendakwa ia boleh merosakkan hubungan diplomatik antara Indonesia dan Australia.
Filem dibintangi Anthony LaPaglia dan diarahkan Robert Connolly itu mengisahkan lima wartawan Australia yang didakwa dibunuh tentera Indonesia di bandar Balibo di Timur Leste pada Oktober 1975.
“Mahkamah berpendapat filem itu boleh mencetuskan ketegangan hubungan politik antara dua negara,” kata peguam AJI, Hendrayana.
“Orang ramai perlu tahu apa yang terjadi kepada lima wartawan Australia itu. Kami akan membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi,” kata Hendrayana yang mempersoalkan keputusan itu.
Pengharaman filem Balibo dibuat kerana ia bercanggah dengan catatan sejarah Indonesia, di samping terdapat unsur prejudis. Indonesia mendakwa lima wartawan itu terbunuh dalam serangan berbalas tembakan dan enggan bekerjasama dengan penyiasatan jenayah perang Australia yang dilancarkan tahun ini.
ROM: Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, 73, didakwa meniduri tiga pelacur kelas atasan serentak.
Perkara itu didedahkan seorang pelacur, Maria Teresa De Nicolo, 38, kepada akhbar La Repubblica, semalam. Berlusconi dikatakan membawa tiga pelacur sebagai tetamu ke parti yang diadakan di kediaman rasminya di Rom pada musim panas tahun lalu.
Kehadiran Maria dan dua lagi pelacur ke parti Berlusconi sebelum ini hangat diperkatakan, tetapi ini kali pertama cerita mengenai pemimpin Itali itu meniduri mereka serentak didedahkan.
Dalam kenyataannya Maria mengesahkan dia dan dua lagi pelacur tidur bersama Berlusconi.
“Saya, dua lagi wanita dan Berlusconi menghabiskan masa bersama di tempat tidur di kediaman rasmi Berlusconi di Rom.” Maria dijemput menghadiri parti itu oleh Gianpaolo Tarantini, ahli perniagaan yang disiasat polis atas tuduhan rasuah.
Maria berkata, Tarantini menelefonnya 30 minit sebelum parti bermula. Dia diminta bersiap menaiki penerbangan dari Bari ke Rom untuk menghadiri parti di kediaman Berlusconi. “Saya menyangka Tarantini hanya bergurau tetapi kemudian dia memberitahu supaya saya memakai pakaian yang menjolok mata,” kata Maria. – Agensi
// hmetro //
JAKARTA: Walaupun sentiasa dikenali dengan aksi berani di depan kamera, kali ini Dewi Persik menukar sikap dengan menerima tawaran berlakon dalam filem lebih sopan.
Bercakap kepada media mengenai filem terbarunya itu, Lihat Boleh Pegang Jangan, Dewi berkata, dia bersetuju membawa watak ditawarkan kerana skrip tidak memerlukannya bercium atau mendedahkan tubuh.
“Jika dalam filem ini ada adegan bercium, tentu saya tolak.
“Saya menerima tawaran ini kerana di dalamnya tiada adegan seperti itu,” katanya.
Dewi, 24, adalah artis yang lebih dulu dikenali sebagai penyanyi dangdut sebelum menceburi bidang lakonan.
Selebriti berdarah kacukan Cina itu pernah berkahwin dengan seorang lagi penyanyi dangdut, Saiful Jamil, pada Mei 2005 tetapi bercerai kira-kira setahun kemudian.
Kata Dewi, Lihat Boleh Pegang Jangan akan menjalani penggambaran sehingga Ramadan ini.
Filem genre itu dijadual ditayangkan di pawagam menjelang Aidilfitri.
Dalam filem produksi syarikat Maxima itu, Dewi membawa watak sebagai Salma, seorang penjual bakso wanita yang cuba dipikat dua lelaki.
Watak seorang daripada lelaki itu dipegang Dimas Seto.
Katanya, disebabkan penggambaran dilakukan pada bulan puasa, dia enggan membawa watak yang melampau.
“Ini filem komedi dan sesuai ditonton sesiapa saja,” katanya. – Agensi