BANGKOK: Sekumpulan anggota polis yang menari meniru satu kumpulan penyanyi remaja Korea Selatan menjadi sensasi terkini di laman sesawang YouTube.

Dimuat naik pada 5 Ogos lalu, setakat ini klip video itu dikunjungi 280,000 pelawat Internet selepas sebuah akhbar utama menyiarkan laporan mengenainya di muka depan, semalam.
Seorang daripada sembilan anggota polis yang terbabit dalam persembahan itu, Leftenan Kolonel Tanakorn Doltanakan, berkata mereka tidak menyangka ia mendapat sambutan hangat.
“Kami melakukannya hanya untuk bersuka-ria,” katanya.
Mereka terdiri daripada anggota unit Polis Pelancong Thailand yang membuat persembahan dengan lagu Sory Sory yang dipopularkan kumpulan remaja Super Junior dari Korea Selatan. -
Thai Tourist Police – Super Junior ( sorry sorry ) dance
/// hmetro ///