12 ditahan leka minum arak




je 05.1 12 ditahan leka minum arak

SEBAHAGIAN pengunjung pusat hiburan beragama Islam ditahan kerana meminum minuman keras sekitar Seremban dan Nilai, semalam.


SEREMBAN 19 Ogos – Seramai 12 pengunjung pusat hiburan yang beragama Islam termasuk empat daripada mereka wanita ditahan kerana mengambil minuman keras dalam operasi di sekitar bandar ini dan Nilai malam tadi.

Kesemua mereka yang berusia lingkungan 20-an hingga 30-an itu ditahan dalam operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan polis.

Operasi bermula pukul 11 malam dan berakhir pukul 3 pagi ini. Seramai 100 pengunjung pusat hiburan itu diperiksa.

Ketika serbuan, kebanyakan pengunjung sedang leka berhibur dan kelihatan beberapa botol arak tersusun di atas meja.

Penyelaras operasi JHEAINS, Mohd. Zol Sidek berkata, daripada jumlah itu, seramai 12 pengunjung ditahan selepas didapati meminum arak.

“Semua pengunjung yang ditahan termasuk wanita itu didapati mengambil minuman beralkohol ketika berhibur di pusat hiburan tersebut.

“Mereka akan didakwa di Mahkamah Syariah hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini awal pagi ini.

Katanya, kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 78 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 kerana mengambil minuman keras.

Mengikut peraturan itu, jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda RM3,000 atau penjara selama dua tahun.

Dalam operasi yang sama, polis turut menahan lima wanita warga China yang menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Nilai.

Menurutnya, wanita berkenaan cuba melarikan diri melalui satu ‘lubang tikus’ tetapi berjaya ditahan di luar premis tersebut.

Berikutan itu, Mohd. Zol turut memberi amaran supaya orang Islam di negeri ini menjauhi aktiviti tidak bermoral seperti meminum minuman keras dan tidak berpuasa.

“Kita akan menjalankan lebih banyak operasi membanteras aktiviti tidak bermoral ini,” katanya.
/// utusanmalaysia ///

This entry was posted in Berita Tergempar and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge