Pemain bola Iran dibuang kerana tidak berpuasa




du 04.1 Pemain bola Iran dibuang kerana tidak berpuasa

Ali Karimi yang turut digelar para peminatnya sebagai Maradona Asia, dibuang kelabnya, Steel Azin FC kerana dia didapati tidak berpuasa baru-baru ini.


TEHERAN – Pemain bola sepak popular Iran, Ali Karimi yang turut digelar para peminatnya sebagai Maradona Asia, semalam telah dibuang oleh pihak pengurusan kelabnya, Steel Azin FC kerana dia didapati tidak berpuasa pada bulan Ramadan tahun ini.

Dalam satu kenyataan menerusi laman web kelab itu, pihak pengurusan berkata, mereka terpaksa menyingkirkan Ali, 31, kerana dia tidak berpuasa pada Ramadan yang diwajibkan ke atas semua umat Islam kecuali golongan tertentu.

“Dia yang pernah menerima anugerah Pemain Terbaik Asia 2004 juga telah menghina pegawai-pegawai persekutuan bola sepak Iran dan penyelia pasukannya di Teheran,” kata kenyataan kelab tersebut menerusi www.steelazin.com.

Penyingkiran itu dibuat selepas Ali dilaporkan mengkritik gaya pengurusan Pengarah Urusan Steel Azin, Mostafa Ajorlou, yang juga bekas pegawai pasukan elit Pengawal Revolusi Iran.

Pemain itu membuat kritikan menerusi wawancara di laman webnya.

Namun, agensi berita rasmi Iran, IRNA melaporkan Pengerusi Kelab, Hossein Hedayati tidak mengetahui mengenai perkara itu dan membantah penyingkiran Ali yang juga penjaring ketiga terbanyak dalam pasukan kebangsaan.

Ali yang pernah mengikat kontrak selama dua tahun di dalam liga utama Jerman, Bundesliga, turut menjaringkan empat gol menerusi 50 penampilan dengan kelab ternama, Bayern Munich. – AFP

/// kosmo ///

This entry was posted in Gelagat Manusia and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

7 Responses to Pemain bola Iran dibuang kerana tidak berpuasa

  1. landax says:

    padan muke dia!sape suoh x pose~huhu

  2. linglung says:

    bagus la tu..apa susah sgt ke nak puasa..bengong punya karim

  3. species1980 says:

    tindakan tegas yang die patut terima….

  4. Ali ridha says:

    buat malu btol mamat ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge