Polis serbu pusat karaoke




je 08.1 Polis serbu pusat karaoke

ANGGOTA polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menahan 22 wanita warga asing yang bekerja sebagai gadis perhubungan pelanggan dan pelacur di sebuah pusat karaoke di Rasah Jaya, Seremban, semalam.


RASAH 13 Ogos – Hanya bayar RM300 hingga RM350, anda boleh karaoke malah membawa pulang pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga asing untuk tempoh dua jam bagi layanan istimewa.

Itulah tawaran sebuah pusat karaoke yang terdiri daripada empat lot premis di Rasah Jaya dekat sini, sebelum dibongkar polis dalam serbuan malam tadi.

Serbuan dilakukan tiga pegawai dan 12 anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri.

Dalam serbuan bermula pukul 10 malam hingga 1 pagi itu, 22 orang GRO bersama pelacur warga China dan Vietnam berusia 20-an hingga 40-an ditahan dalam Ops Noda.

Menurut jurucakap polis, turut ditahan bagi tujuan pemeriksaan ialah 30 pengunjung berusia 19 hingga 50 tahun, yang sedang leka dalam bilik karaoke serta meminum minuman keras.

Katanya, turut ditahan 18 pekerja pusat karaoke berkenaan.

“Premis yang mempunyai bilik kecil dan laluan tersembunyi itu, turut dipasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi meloloskan diri apabila diserbu pihak berkuasa,” katanya di sini malam tadi.

Difahamkan, bilik yang dibina secara berasingan dengan bilik karaoke itu mempunyai tiang-tiang besi.

Jurucakap polis berkata, dalam serbuan itu, 19 pengunjung yang ditahan positif dadah selepas ujian air kencing dan kesemuanya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban untuk siasatan lanjut.

Katanya, pihaknya juga menemui beberapa peket dadah yang disembunyikan selain dibuang di atas lantai.

“Berdasarkan siasatan awal di lokasi serbuan, semua wanita itu sedang leka melayan pelanggan mereka.

“Mereka cuba melarikan diri dengan bersembunyi di dalam bilik rahsia menggunakan laluan tersembunyi atau ‘lubang tikus’ tetapi gagal. Ada juga yang kita temui menyorok di bilik bawah tangga,” kata jurucakap itu.

Menurutnya, siasatan polis mendapati premis itu menyediakan tawaran istimewa bermula pukul 4 petang hingga 8 malam iaitu bayaran hanya RM50 bagi satu jam pertama untuk karaoke dengan GRO.

“Bagi perkhidmatan seks, pelanggan perlu bayar RM350 untuk membawa pulang GRO dari China dan RM300 bagi Vietnam,” ujar beliau.

Katanya, wanita-wanita yang ditahan itu menyalahgunakan pas lawatan dan pas pelajar, selain tiga daripadanya tanpa sebarang dokumen perjalanan yang sah.

“Mereka kini ditahan di IPD Seremban dan disiasat di bawah Akta Imigresen kerana melanggar syarat pas lawatan dan sosial, selain Seksyen 372 (B) Kanun Keseksaan atas kesalahan mencari pelanggan bagi tujuan persundalan,” katanya.

Menurutnya, operasi itu dijalankan atas maklumat awam dan hasil risikan pasukan polis selama dua minggu.

“Kita hargai kerjasama orang ramai itu dan berharap pemberian maklumat diteruskan lagi bagi membanteras kegiatan pelacuran dan aktiviti tidak bermoral,” katanya.

// utusanmalaysia //

This entry was posted in Berita Tergempar and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to Polis serbu pusat karaoke

  1. RTY says:

    MALAYSIA HARUS CEPAT LAKSANA HUKUM HUDUD.. HUKUM HUDUD ISALAH HUKUM ALLAH SWT… TERMAKTUB DALAM AL-QURAN YANG MENJADI PANDUAN UMAT ISLAM DUNIA…

  2. species1980 says:

    dalam bulan ramadhan… semakin kerap ada serbuan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge