Mallika Sherawat tunjuk foto bogel




Aktres Bollywood siar gambar tak pakai coli di Twitter

MUMBAI: Aktres seksi Bollywood yang agak jarang kedengaran kebelakangan ini, Mallika Sherawat, nampaknya cuba meraih semula perhatian peminat menjelang tayangan filem terbarunya, Hissss di layar perak menerusi watak wanita ular.

Dalam tindakan terbaru yang dianggap usaha mempromosi filem itu, Mallika yang kini berada di Los Angeles, menyiarkan gambar separuh bogel di laman web Twitter.

mallika topless b 280710 Mallika Sherawat tunjuk foto bogel

-foto bogel mallika sherawat-

Beliau juga mengemukakan pertanyaan kepada peminatnya dengan mengemukakan soalan: Adakah gaya seperti ini keterlaluan.

Dalam foto yang disiarkan itu, Mallika tidak memakai coli tetapi payu daranya ditutup dengan rambut dengan badannya bercorak seperti kulit ular, menurut laporan di sini, semalam.

Hissss diarahkan oleh pengarah terkenal Hollywood, Jennifer Lynch, dan turut dibintangi Irrfan Khan dan Divya Dutta.

Dalam perkembangan lain, Mallika juga dilaporkan bertuah untuk mendapat tawaran berlakon dalam filem Hindi terbaru selepas aktres pilihan menarik diri.

Filem dimaksudkan itu ialah Dhamaal 2, filem kedua atau sekuel kepada Dhamaal arahan Indra Kumar. Mallika dikatakan menjadi pilihan dan bersetuju menyertai pembikinan filem itu selepas penarikan diri aktres Vidya Balan.
Vidya dilaporkan meminta bayaran yang agak tinggi dan tidak mampu ditunaikan oleh Indra Kumar menyebabkan Mallika menemui pengarah berkenaan dan menawarkan harga lakonan yang dipersetujui kedua-dua belah pihak.

Dhamaal 2 sepatutnya disiarkan pada tahun lalu tetapi tayangannya ditunda kerana masalah skrip. Aktor pilihan Aftab Shivdasani juga dilaporkan diganti oleh Arshad Warsi.

Pelakon lain termasuk Sanjay Dutt, Jaaved Jaaferi, Ashish Chowdhary dan Ritesh Deshmukh kekal dalam senarai lakonan filem itu.

Mallika mulai dikenali ramai sebagai aktres yang berani selepas melakonkan watak seksi dalam filem Murder pada 2004. – Agensi

/// bharian ///

This entry was posted in Karenah Selebriti and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge