Padah payu dara besar




HOUSTON: Seorang model yang memiliki payu dara terbesar di dunia kini tenat selepas menjalani pembedahan untuk membesarkan lagi buah dadanya.

 Padah payu dara besar
SHEYLA…mungkin hilang buah dada asli.

 Padah payu dara besar

Sheyla Hershey, 30, dari Brazil, menjalani pembedahan itu walaupun sudah memiliki payu dara saiz 38KKK.
Sheyla yang tinggal di Houston, Texas menghadapi masalah sukar bernafas dan terlantar di katil selepas pembedahan berkenaan.
Dia terpaksa menjalani pembedahan kecemasan semalam untuk mengatasi masalah itu. Doktor dijangka terpaksa membuang implannya dan kemungkinan membuang payu dara aslinya sekali.
Sebelum pembedahan terbaru itu, Sheyla yang fasih dalam lima bahasa — Portugis, Sepanyol, Itali, China dan Inggeris berkata: Saya demam teruk dan pembedahan (bulan lalu) itu begitu menyakitkan. ‘Saya tidak boleh bernafas. Sepanjang hari saya terlantar di katil, tidak boleh bangun.” Sheyla dijangkiti bakteria selepas pembedahan bulan lalu yang kemudian merebak ke kedua-dua payu daranya.
Dia sebelum ini menjalani 30 pembedahan dengan kos £40,000 (RM200,000) sebelum memperoleh payu dara yang amat besar.
Menurut Sheyla, pakar bedah bimbang jangkitan itu merebak ke saluran darah, sekali gus membahayakan nyawanya.
Buah dadanya diakui yang terbesar di dunia oleh Buku Rekod Brazil yang setaraf dengan Buku Rekod Dunia Guinness

This entry was posted in Gelagat Manusia and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Padah payu dara besar

  1. nizam says:

    huh… bahaya betul…. macam-mcam diorg ni…

  2. suhaida says:

    padan muka.. nak besar2 sangat.. kan yang tuhan bagi pun da kena buang…

  3. andika.desparado says:

    ui…kn main besa lg..bleh ke bwk tu…kpd kaum hawa tu..beringat lh..ckup2lh mne yg ade..

  4. andika.desparado says:

    bosar nyooooooooooooo…cm org kne sumpahan je…nk jln tu nmpk ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge