
SELEPAS dunia perfileman dikejutkan dengan kontroversi aktor Arja Lee berbogel dalam filem … Dalam Botol, kini tiba pula giliran vokalis kumpulan Handy Black yang sebelum ini dikenali sebagai Zul Handy Black.
Hanya berbekalkan sebuah filem seram iaitu Mantra yang telah menemui penonton di pawagam bermula semalam, namanya secara tiba-tiba meraih perhatian.
Bukan hanya kerana filem itu merupakan filem pertama yang mengangkat Zul atau kini dikenali sebagai Zul Suphia’an sebagai pelakon utama untuk watak Muzir, iaitu seorang pengamal ilmu hitam.
Bahkan filem juga menimbulkan kontroversi apabila Zul,35, dengan beraninya berlakon tanpa seurat benang dalam satu adegan pemujaan.
Adegan bogel yang cukup sensitif belum menjadi satu kewajipan dalam minda masyarakat Malaysia dan ia ternyata memberi impak yang cukup besar untuk buah tangan terbaru pengarah Azhari Mohd. Zain itu.

ZUL berbogel dalam Mantra kerana mengikut kehendak skrip, namun jika dikehendaki berbogel lagi dalam filem lain, dia tidak akan melakukannya seperti mana dalam Mantra.
Filem Mantra yang turut dilakonkan Hasnul Rahmat dan Ana Dahlia itu bagaimanapun lulus bersih daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF) meskipun diklasifikasikan sebagai 18. Ini bermakna adegan bogel Zul itu lulus untuk dipertontonkan kepada penonton filem!

BUKAN mahu mencari populariti murahan, Zul sekadar merealisasikan karakter lakonannya.
-petikan Kosmo!