Pusat refleksologi tawar urutan bogel




je 01.1 Pusat refleksologi tawar urutan bogel

Beberapa tukang urut ditahan semasa operasi cegah maksiat di Taman Sungai Besi, semalam.


KUALA LUMPUR 13 Julai – Seorang pelanggan lelaki yang sedang diurut dalam keadaan bogel tergamam setelah diserbu sepasukan polis dalam operasi di sebuah pusat urut refleksologi di Taman Sungai Besi di sini malam tadi.

Malah, ketika diserbu, tukang urut wanita warga asing yang dilanggan lelaki itu juga dalam keadaan tidak berpakaian.

Serbuan dilakukan kira-kira pukul 10.30 malam oleh polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Sewaktu diserbu, terdapat dua pelanggan sedang diurut oleh pekerja wanita masing-masing dari Indonesia dan Vietnam manakala tiga lagi wanita sedang menunggu pelanggan.

Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Razali Abu Samah berkata, pelanggan terbabit mengaku membayar RM186 untuk mendapatkan khidmat urutan bogel selama sejam setengah

“Selain urutan bogel, premis itu turut menawarkan khidmat urutan batin termasuk menggunakan payu dara,” katanya ketika ditemui selepas operasi di sini malam tadi.

Razali berkata, harga bagi khidmat urutan batin ialah RM80 sejam manakala urutan bogel menawarkan dua pilihan iaitu RM135 bagi tempoh sejam dan dinaikkan kepada RM186 jika pelanggan mahu menambah setengah jam lagi.

Katanya, siasatan mendapati premis yang berselindung di sebalik perniagaan urut refleksologi ini sudah beroperasi selama sembilan bulan.

“Pemilik premis mendakwa ada memohon permit daripada PBT untuk beroperasi tetapi belum diluluskan.

“Tindakan premis ini beroperasi tanpa kelulusan adalah menyalahi undang-undang apatah lagi ia turut menawarkan khidmat urutan seks,” ujarnya.

Menurut Razali, kelima-lima tukang urut wanita iaitu masing-masing dua warga China dan Vietnam serta seorang Indonesia bersama dua pelanggan serta seorang penjaga premis berusia antara 22 hingga 37 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 372(b) Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen.

-utusanmalaysia

This entry was posted in Gelagat Manusia and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge