![]() |
|
CHARLIZE THERON
|
NEW YORK – Pelakon Charlize Theron dilantik Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon sebagai duta badan dunia itu untuk menangani keganasan wanita.
Pelantikan terbaru aktres seksi berusia 33 tahun kelahiran Afrika Selatan yang kini ialah rakyat Amerika Syarikat akan berlangsung di ibu pejabat PBB itu di sini esok.
Pemenang anugerah Oscar pada 2003 menerusi filem Monster itu dipilih kerana sumbangannya mengasaskan projek pendidikan HIV/AIDS untuk kanak-kanak di Afrika Selatan.
“Dia diharap menggunakan aset dirinya itu menjadi duta keamanan ke-10 PBB selepas beberapa selebriti antaranya George Clooney dan Michael Douglas,” kata Ki-Moon. – Agensi
-arkibkosmo
