Celina jadi penari bogel




du 03.1 Celina jadi penari bogel

CELINA



MUMBAI – Selepas mencetuskan kontroversi menerusi aksi tarian tiang dalam filem Janasheen, aktres Celina Jaitley akan sekali lagi tampil seksi dengan menyamar sebagai seorang penari bogel dalam filem arahan Tigmanshu Dhulia bertajuk Showman, lapor sebuah akhbar semalam.

Aktres tersebut sebelum ini kerap melakonkan watak-watak penuh glamor.

“Saya melakonkan watak sebagai anak perempuan seorang lelaki Inggeris dan wanita India,” kata Celina ketika bercakap mengenai Showman dari New Zealand di mana dia menghadiri tayangan perdana filem antarabangsa pertamanya.

Menurutnya, dalam filem tersebut, dia melakonkan watak keluarga miskin dan menetap di London di mana dia kemudian membesar.

Aktres seksi itu juga ditanya sama ada watak terbaru itu memiliki persamaan dengan lakonan sulungnya sebagai seorang penari bogel dalam filem Janasheen.

“Ya, tetapi ketika itu, saya ialah seorang anggota polis yang menyamar sebagai penari bogel.

“Semua orang sedar mengenainya ketika babak pengakhiran filem.

“Dalam filem Showman saya sekali lagi menyamar sebagai seorang penari bogel tetapi saya sebenarnya cuba memujuk penari-penari bogel lain supaya bekerja di kelab saya,” ujarnya. – Agensi

-arkibkosmo

This entry was posted in Karenah Selebriti and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge