‘Lelaki hanya mahu harta, seks’




du 03.1 Lelaki hanya mahu harta, seks


LONDON – Selebriti terkenal, Paris Hilton (gambar) mendedahkan bahawa dia sering dipermainkan oleh kaum lelaki berikutan kekayaan dan popularitinya, lapor sebuah akhbar semalam.

Pelakon filem The Hottie and the Nottie itu berkata, kebanyakan lelaki yang menjalin hubungan dengannya semata-mata kerana ingin harta dan seks.

“Setiap lelaki yang pernah keluar dengan saya hanya mahukan wang atau seks tetapi kebanyakan mereka ingin menumpang populariti saya,” katanya.

Bekas kekasih Hilton, Rick Salomon, 40, yang merupakan seorang penerbit filem sebelum ini dilaporkan memperoleh wang jutaan dolar hasil jualan pita rakaman aksi seks mereka di internet.

“Saya mencintai lelaki ini selama tiga tahun tetapi dia mengkhianati saya. Saya membencinya.

“Ia merupakan satu perkara yang menakutkan pernah berlaku kepada saya di mana ia adalah satu penghinaan dan memalukan,” katanya.

Selain itu, bekas ahli kumpulan Backstreet Boys, Nick Carter, pewaris perkapalan di Greece, Paris Latsis dan Stavros Niarchos III turut meninggalkan Hilton selepas menumpang popularitinya untuk menggoda wanita lain.

Bagaimanapun, selebriti berumur 27 tahun itu kini berasa lega apabila menemui cinta dengan lelaki pilihan hatinya iaitu penyanyi Good Charlotte, Benji Madden.

Hilton dilaporkan merancang untuk berkahwin dan memiliki cahaya mata dengan kekasihnya. – Agensi

-arkibkosmo

Trailer filem The Hottie and the Nottie

This entry was posted in Gelagat Manusia, Karenah Selebriti and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge