Zahia Dehar BUKA COLI di televisyen



 Zahia Dehar BUKA COLI di televisyen

Zahia Dehar

Media beri liputan besar pelacur dedah asmara bintang bola sepak Perancis LONDON: Seorang pelacur menjadi terkenal selepas dilaporkan ‘ditawan’ pemain kebangsaan Perancis, Franck Ribery, ketika dia masih di bawah umur, memakai bikini dan menanggalkan coli ketika menghadiri sebuah program bual bicara baru-baru ini.

Zahia Dehar yang memakai pakaian mandi menjolok mata dalam program televisyen berkenaan melakukan tarian seksi dengan dua model lelaki sebelum masuk ke dalam sebuah kotak di studio itu, lapor akhbar The Sun.

Wanita berasal dari Maghribi itu kemudian muncul tanpa coli tetapi menutup payu daranya manakala seorang model lelaki memakai coli itu.

Sejak beberapa hari lalu, butir-butir ‘panas’ didedahkan mengenai Zahia yang memberi perkhidmatan kepada beberapa pemain terkenal Perancis dan menerima bayaran 2,000 euro semalam (RM8,400).

Ketika diwawancara akhbar Paris-Match, Zahia memberitahu, dia pergi ke Munich, April tahun lalu, untuk meraikan hari jadi ke-26 Ribery yang kini bermain untuk Bayern Munich.

“Saya menaiki kapal terbang bersama seorang rakan. Dia sudah menempah satu bilik di sebuah hotel mewah. Kami melakukan hubungan seks dan saya mendapat bayaran. Ia adalah hadiah hari jadi yang sangat istimewa untuk Ribery ,” katanya.
Masalahnya, ketika itu Zahia berusia 17 tahun dan mengikut undang-undang Perancis, hubungan seks dengan seseorang di bawah usia 18 tahun adalah jenayah terhadap budak bawah umur dan boleh dihukum penjara tiga tahun dan denda 45,000 euros (RM189,000).

Zahia menegaskan, dia tidak memberitahu usianya kepada Ribery atau seorang lagi pemain Perancis yang bermain untuk Real Madrid, Karim Benzema, ketika menawarkan perkhidmatannya.

Benzema yang belum disoal mengenai kes itu, menafikan sebarang kesalahan menerusi kenyataan peguamnya.

Seorang lagi pemain Perancis, Sidney Govou, turut dituduh mendapatkan khidmat Zahia selepas wanita itu berusia 18 tahun, Februari lalu.

Akhbar Liberation pula melaporkan, siasatan polis sama ada Ribery atau Benzema sedar memberi bayaran untuk mendapat khidmat seks daripada gadis bawah umur itu sudah ditunda sehingga selepas Piala Dunia tamat di Afrika Selatan, Jun depan.

“Kami tidak akan mengambil tindakan sehingga Piala Dunia tamat. Tidak perlu tergesa-gesa,” kata sumber polis kepada akhbar itu.

Paris-Match melaporkan, perkhidmatan Zahia yang tidak menggunakan bapa ayam, mewakili pelacuran baru di Paris.

-bharian

* Video Zahia Dehar buka coli *

This entry was posted in Gelagat Manusia, Karenah Selebriti and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge