Sanggup lari berbogel elak dicekup




ne 07.1 Sanggup lari berbogel elak dicekup

DUA daripada wanita yang ditahan dalam operasi menangkap pelacur warga asing di Klang kelmarin.

KLANG – Akibat takut dicekup polis, seorang wanita bersama pasangannya sanggup lari berbogel ketika polis menyerbu sebuah pusat rawatan kecantikan di sebuah hotel di Jalan Pelabuhan Klang di sini malam kelmarin.

Ketika serbuan dilakukan kira-kira pukul 10 malam itu, pasangan terbabit yang sedang asyik berasmara di dalam sebuah bilik terkejut dengan kehadiran sepasukan polis yang menyerbu bilik mereka.

Tanpa sempat memakai semula pakaian masing-masing, wanita dan lelaki tersebut cuba lari keluar dari bilik berkenaan tanpa seurat benang namun akhirnya ditahan pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, wanita terbabit antara lima warga Indonesia berusia 20-an yang ditahan pada malam itu kerana disyaki menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.

Menurutnya, hasil siasatan, polis percaya kelima-lima wanita berkenaan tidak mempunyai permit kerja yang sah berikutan kegagalan mereka menunjukkan dokumen perjalanan dan pengenalan diri.

-kosmo

This entry was posted in Berita Tergempar, Gelagat Manusia and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Sanggup lari berbogel elak dicekup

  1. FeeQ says:

    haha naked couple run all the round XD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge