![]() |
|
JESSICA BIEL
|
BINTANG jelita Hollywood, Jessica Biel menyesal kerana pernah muncul dalam majalah U.S.Men dengan aksi menggoda dan seksi kira-kira sepuluh tahun lalu.
Pelakon The Texas Chainsaw Massacre berusia 26 tahun itu memberitahu, dia telah dipujuk untuk memberi aksi berkenaan yang disiarkan pada tahun 2000.
Bagaimanapun, pelakon itu mengakui dia terpaksa melakukannya kerana telah menyatakan persetujuan awal.
“Gambar itu menunjukkan seolah-olah saya seorang bintang yang seksi.
“Tindakan saya pada masa itu memang keterlaluan. Saya masih ingat saya menghubungi bapa dan memberitahunya kehidupan saya akan punah gara-gara gambar berkenaan,” akuinya, mengenang kesilapan masa lampaunya.
-arkibkosmo
