Ika serik bawa imej seksi




 Ika serik bawa imej seksi

Ika Putri

JAKARTA: Pelakon dan penyanyi Indonesia yang terkenal dengan lagu Pelangi Yang Hilang, Ika Putri, mengaku serik tampil dengan imej seksi ketika melakonkan watak sebagai Natasya dalam filem pertamanya berjudul Basahhh.

Ika, 24, mengaku berasa sangat malu apabila melihat lakonannya dengan pakaian yang ‘minimum’ di dalam filem berkenaan yang mengisahkan mengenai pendidikan seks, ketika ditayangkan pada 2008.

Artis kelahiran Surabaya itu juga berikrar untuk tidak lagi berlakon dalam filem yang memerlukannya berpakaian seksi. “Sebenarnya saya tidak menyangka akan kelihatan amat seksi dalam filem itu. Saya sungguh malu dengan diri sendiri. Saya tidak mungkin berlakon seksi lagi pada masa depan. Saya juga bimbang dengan pandangan peminat jika kerap muncul seksi di dalam filem,” katanya.

Ika berkata, selepas berlakon dalam filem berkenaan, beliau menerima beberapa tawaran berlakon filem. Bagaimanapun semua filem itu memerlukannya muncul dengan gaya dan pakaian seksi. – Agensi

-bharian

trailer filem BASAHH

This entry was posted in Karenah Selebriti and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge