![]() |
|
PARIS HILTON
|
DISEBABKAN tertarik dengan keunikan rekaannya, Paris Hilton dilaporkan telah membeli sebuah bangunan yang sebenarnya sarang pelacuran dengan harga AS$1.89 juta (RM5.95 juta). Bangunan itu terletak di bandar terkenal East End.
Sosialit berusia 27 tahun itu tidak kisah mengenai sejarah bangunan itu yang dianggap syurga pelacur, penagih dadah, malah juga pernah dijadikan kilang pencetak rompak.
“Ia sangat cantik. Ia tidak mempunyai ruang bilik biasa tetapi ia lebih seperti permainan ‘pagar sesat’.
“Dulu, ia pernah menjadi tempat penagih dadah dan juga kawasan rahsia bagi perompak atau pencetak rompak,” katanya kepada majalah Britain, Daily Star.
Rumah baru Paris itu pernah dijadikan tempat tinggal gipsi serta kelasi yang mahu berhibur setelah berbulan-bulan di lautan.
Beritahu satu sumber, Paris begitu menghargai kawasan pelik itu serta harganya yang dikatakan agak murah.
Kini, Paris sedang sibuk menjalani penggambaran Paris Hilton’s My New BBF (British Best Friend) di United Kingdom.
-arkibkosmo

Well, I only can say that she has weird taste.
yeah…. she got her own reason for it….