Makan martabak sardin lipas




ne 12.1 Makan martabak sardin lipas

Saptuyah menunjukkan martabak sardin yang dibelinya didakwa mengandungi lipas di salah sebuah restoran di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Martabak sardin berinti lipas.

Ia kedengaran pelik dan menjijikkan namun itulah hidangan yang dijamah Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Selangor, Saptuyah Senson, 53, tengah hari semalam.

Menurut Saptuyah, dia hanya menyedari anak lipas sepanjang 1.5 sentimeter terselit di antara bawang dan sardin selepas menjamah suku daripada martabak yang dibelinya daripada sebuah restoran di sini.

Apa yang menggelikan, Saptuyah mendakwa secara tidak sedar beliau telah menelan sebahagian kaki anak lipas tersebut sebelum memuntahkannya semula.

“Habis saya muntah kesemua martabak yang telah dimakan selepas ternampak anak lipas tanpa kaki kiri bersama inti sardin dan bawang,” dakwanya ketika ditemui di restoran tersebut di sini semalam.

Menurut beliau, makanan itu dibeli oleh seorang pekerjanya di sebuah restoran kira-kira pukul 11.45 pagi semalam.

-arkibkosmo

This entry was posted in Berita Tergempar and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge