LONDON: Seorang wanita Russia mendakwa, dia pernah digoda dan didesak John Terry supaya berasmara walaupun ketika itu dia ditemani teman lelakinya di sebuah pusat hiburan di tengah London.
MATA KERANJANG…Terry (gambar kecil) menjadi punca hubungan cinta Nicole terkandas.
Nicole Sconciaforni, 26, berkata bekas kapten pasukan bola sepak England itu menghampirinya hanya beberapa detik selepas pasangannya, Toni Poole, meninggalkan kelab malam berkenaan.
Katanya, Terry jelas mengambil arak dan kelihatan agak khayal dan memujuknya supaya mahu ditiduri.
“Terry agak mendesak dan keadaan itu menyebabkan teman lelaki saya berang dan mereka bergaduh seketika,” katanya.
Kini, Nicole dan teman lelakinya itu tidak lagi bersama.
Kata Nicole, sebagai kelab dihormati, pengurusan Chelsea perlu mengetatkan kawalan ke atas pemain mereka bagi mengelak ia tercemar dengan gelagat seperti Terry yang sering mengajak wanita ke ranjang setiap kali keluar malam.
Pereka fesyen berasal dari Russia itu berada di Whisky Mist bersama anggota kumpulan Sugababe, Amelle Berrabah ketika Terry muncul di depannya.
Malam itu juga rakan sepasukan Terry dalam skuad England dan Chelsea, Wayne Bridge, meninggalkan kelab berkenaan untuk ke Manchester City.
Terry turut meniduri – dan menghamilkan – teman wanita Bridge, Vanessa Perroncel.
Kata Nicole, Terry dan rakan sepasukannya duduk di meja bersebelahan dengannya dan dia diajak berbual oleh pemain pertahanan berkenaan.
“Kami menari dan sejak itu Terry asyik datang ke meja saya kami mula berborak,” katanya.
Kemesraan itu, kata Nicole, menyebabkan teman lelakinya cemburu dan tanpa teragak-agak, Terry mengajaknya keluar di depan lelaki terbabit.
“Tidak sepatutnya Terry berbuat begitu di depan teman lelaki saya.
“Akhirnya teman lelaki saya menolak Terry dan dia amat berang.
“Dia akhirnya diminta meninggalkan kelab malam berkenaan apabila keadaan semakin panas,” katanya.
Beberapa minggu kemudian, kata Nicole, Terry mengirimnya deretan mesej pesanan ringkas dan memujuknya untuk bertemu di sebuah hotel.
“Terry betul-betul gila. Walaupun dia tidak mencium saya pada malam itu, tapi kedudukannya amat hampir dengan saya sehingga mengejutkan rakannya yang lain,” katanya. – Agensi
-hmetro