Jungers ratu bekas kekasih Woods




Jaimee Grubbs raih tempat kedua pertandingan

jaime jungers Jungers ratu bekas kekasih Woods

FLORIDA: Jamie Jungers muncul sebagai ‘ratu’ di kalangan wanita simpanan Tiger Woods, selepas menang Pertandingan Ratu Cantik Howard Stern.

Jungers membawa pulang hadiah wang tunai AS$75,000 (RM249,112.93) selepas mendedahkan maklumat peribadi Woods seperti saiz kayu golf serta apa yang sering diminta bintang sukan itu daripadanya dari segi seksual.

Jungers memberi saingan sengit kepada Jaimee Grubbs dan Loredana Jolie, namun berjaya membawa pulang tiara kemenangan kerana Stern yang juga pengacara radio terkenal, percaya dia adalah ‘wanita simpanan sebenar.’ Jaimee Grubbs yang hilang sebatang gigi berjaya mendapat hadiah wang tunai tempat kedua bernilai AS$15,000 (RM49,815) lebih daripada mencukupi untuk mengunjungi doktor gigi.

Hadiah itu diberi AshleyMadison.com, perkhidmatan temu jodoh menggunakan slogan ‘Kita hidup tak lama, jalinkan hubungan sulit.’

Rahsia peribadi Woods terdedah selepas mengalami kemalangan kereta di luar rumahnya di Isleworth di sini November lalu. Akhbar The Times melaporkan wanita simpanannya seramai 13 orang.

Pemain golf terkenal dunia itu tidak muncul di khalayak ramai sehingga minggu lalu apabila beliau memohon maaf kepada rakan, keluarga dan peminatnya dalam ucapan yang disiarkan banyak saluran televisyen.
Namun, Stern tidak percaya permohonan maaf yang ditulis sebelum Woods muncul di televisyen.

“Dia seperti tidak mahu berada di situ, meminta maaf bukan sesuatu yang mahu dilakukannya.” kata Stern dalam rancangannya.

Stern turut menjemput isteri Woods, Elin, untuk menjadi hakim, namun The Times berkata beliau tidak memberi sebarang maklum balas.

Dalam perkembangan lain, Joslyn James, wanita simpanan yang juga bintang lucah, menghadiri malam gala Oscar, Norby Walter’s Night bagi melupakan kontroversi dan memberi perhatian kepada anugerah Akademi. – Agensi

-bharian

This entry was posted in Karenah Selebriti and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge