40,000 pelacur ‘bertanding’ di Piala Dunia




JOHANNESBURG: Sekurang-kurangnya 40,000 pelacur akan memasuki Afrika Selatan menjelang perlawanan bola sepak Piala Dunia, pertengahan tahun ini.

Negara tuan rumah meningkatkan kawalan sempadan terhadap kebanjiran pekerja seks yang cuba mensasarkan peminat bola sepak sepanjang sebulan musim perlawanan yang menjadi tumpuan itu.

Timbalan Pengerusi Pihak Berkuasa Dadah Pusat negara itu, David Bayerer berkata pihak berkuasa tempatan bimbang ramai wanita yang akan dipaksa bekerja di jalanan untuk mensasarkan pelancong di negara itu ketika hampir 16 peratus penduduknya dibimbangi menghidap HIV. “Ia amat menakutkan dan membimbangkan. Kami dimaklumkan penganjur bahawa mereka bimbang kira-kira 40,000 pelacur memasuki negara ini bagi Piala Dunia.

“Wanita terbabit dijangka datang dari i seluruh dunia terutama dari timur Eropah. Ia mengenai duit, dan jika anda seorang pekerja seks jadi akan ada wang di Afrika Selatan pada 2010.” – Agensi

-bharian

This entry was posted in Berita Tergempar and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to 40,000 pelacur ‘bertanding’ di Piala Dunia

  1. cdsite says:

    Kerja yang tertua di dunia…selagi ada pelanggan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge