Pattinson Berlakon Adegan Ranjang Untuk Dapat ‘Scoop’




rb1 Pattinson Berlakon Adegan Ranjang Untuk Dapat Scoop Aktor kacak ini sanggup membuat aksi ranjang untuk pikat peminat wanita.

AKTOR kacak ‘Twilight’ akan beraksi ranjang dalam filem Perancis bertajuk ‘Bel Ami’.

Adegan filem itu akan dilakukan di sebuah rumah lama di Kent. Bangunan rumah itu akan ditransformasikan menjadi bangunan lama abad ke 19.

“Dalam filem Twilight semuanya pasal emosi tapi untuk filem ini, anda tidak dapat menggunakan imaginasi langsung kerana semuanya akan dipaparkan,” kata satu sumber melaporkan kepada The Sun.

Sumber itu berkata,”Semuanya akan dilakukan dengan penuh seni walaupun aksi ranjang itu agak hangat.

“Pattinson tidak pernah melakukan aksi seberani ini dan saya percaya peminat wanitanya akan teruja melihatnya berlakon dalam filem ini.”

Bintang lelaki yang mendapat jolokan aktor paling seksi masa kini akan membawa watak seorang wartawan bernama Georges Duroy, yang menggunakan imbuhan seks untuk mendapatkan semua scoop.

Filem ini berdasarkan sebuah novel klasik oleh Guy de Maupassant.

Aktres Uma Thurman akan berlakon dengan Pattinson dalam filem ini.

-mstaronline

This entry was posted in Karenah Selebriti and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge