Pertandingan ratu bekas kekasih Woods




FLORIDA: Seorang pengacara radio popular Amerika Syarikat, Howard Stern, menganjurkan satu pertandingan ‘Ratu Cantik Wanita Simpanan Tiger Woods’ yang menawarkan hadiah utama bernilai AS$100,000 (RM340,000).

Setakat ini, empat daripada 13 bekas wanita simpanannya yang didedahkan media bersetuju mengambil bahagian dalam pertandingan pada 10 Mac depan.

Mereka akan bersaing dalam beberapa kategori termasuk ‘Pakaian Mandi’, ‘Personaliti’ dan ‘Bakat’.

Ketika kali pertama mengumumkan idea pertandingan berkenaan, Stern berkata, ia hanya akan diadakan jika lebih tiga wanita terbabit bersetuju. Mereka dinamakan dalam beberapa penerbitan berita sebagai teman wanita pemain golf itu.

Hadiah wang tunai ditaja oleh AshleyMadison.com, syarikat perkhidmatan cari jodoh yang mempunyai 4.5 juta pengguna.

Ia turut mengiklankan slogan syarikat berbunyi: ‘Life is Short, Have an Affair’ (Hidup ini singkat, jalinkan hubungan).

Woods yang sebelum ini menarik tajaan syarikat korporat bernilai jutaan dolar kerana imej bersih beliau dan kejayaan dalam sukan mengejutkan ramai dengan skandal bersama ramai wanita itu. ? Agensi

-bharian

This entry was posted in Karenah Selebriti and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge