RIO DE JANEIRO: Kemunculan Paris Hilton dalam keadaan ghairah pada satu iklan bir dianggap terlalu ‘panas’ untuk disiarkan di kaca televisyen Brazil, menurut Sekretariat Hal Ehwal Wanita negara itu yang mahu ia ditarik balik.
Iklan itu memaparkan pewaris hotel berambut perang berpakaian gaun hitam pendek membersihkan dan menggosok satu tin bir Devassa pada dirinya, sambil disaksikan peminat menerusi tingkap.
Di negara yang terkenal dengan bikini bersaiz setem pos, iklan itu mungkin pada mulanya tidak begitu kontroversi. Namun peraturan di sini berkata iklan bir tidak boleh melayan wanita sebagai objek terlampau mengghairahkan.
“Ia adalah satu iklan yang merendahkan wanita, terutama wanita berambut perang,” menurut jurucakap Sekretariat Wanita yang enggan dikenali kepada Associated Press mengatakan ia menerima sejumlah aduan berhubung iklan terbabit. – Agensi
-bharian
iklan beer devassa – paris hilton