EDINBURGH: Seorang wanita diharamkan masuk ke semua penjara di Scotland selepas ditahan di sebuah bilik tahanan kerana menyembunyikan heroin bernilai £6,000 (RM31,200) dalam colinya.
Claire Wright, 21, dikenakan perintah itu selepas mengaku membawa masuk dadah itu ke penjara Perth. Wright yang berasal dari Kilwinning, Ayrshire, cuba memberi dadah itu kepada seorang banduan ketika mengunjungi penjara itu, baru-baru ini.
Sherif Lindsay Foulis membenarkannya diikat jamin sebelum hukuman diumumkan bulan depan. Mahkamah diberitahu, Wright menyeludup 20 gram heroin ke penjara itu.
Dia ditahan di penjara sebelum ditahan polis. Ketika disoal siasat, Wright berkata, teman lelakinya di penjara itu memintanya menyeludup dadah untuknya. Katanya, dia enggan berbuat demikian sebelum mengalah kerana dikenakan tekanan, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC). – Agensi
-bharian
masuk dalam seluar dalam ok jugak
kena tempat khas la underwear tue….
cubaan