Padah NAFSU buas




LONDON: Selepas satu demi satu kecurangannya didedahkan, Ashley Cole kini menjadi lelaki paling dibenci wanita di Britain.

 Padah NAFSU buas

 Padah NAFSU buas
PENGUBAT LUKA…Cheryl berjalan menuju panggung wayang sambil diekori Hough, semalam.

Dalam undian terbaru dijalankan OnePoll.com semalam, bintang kelab Chelsea dan pemain kebangsaan England itu menerima undian terbanyak berbanding sembilan tokoh lain.

Kebencian mereka terhadap Cole, 29, mengatasi beberapa individu terkenal lain, termasuk pendakwah Islam yang dipromosikan sebagai pengganas dan kini ditahan di Britain, Abu Hamza al-Masri.

Berada di tempat kedua adalah rakan sekelab Cole, John Terry, yang turut dikaitkan dengan kebuasan nafsunya meniduri ramai wanita walaupun berkeluarga.

Seorang lagi atlit yang buas, Tiger Woods, berada di tempat keempat, manakala Perdana Menteri Britain, Gordon Brown, di tempat kesembilan.

Di dalam kelabnya sendiri, pemilik Chelsea, Roman Abramovich, akan mendenda £200,000 (RM1.05 juta) kerana kebuasannya itu.

Abramovich dilaporkan naik angin selepas akhbar membongkar bagaimana Cole menyeludup wanita ke biliknya menjelang perlawanan Liga Perdana England.

Sementara itu, akhbar Britain sekali lagi mendedahkan bahawa bukan Aimee Walton, Sonia Wild dan Vicki Gough saja yang menjadi pemuas nafsu Cole.

Sebaliknya, Cole dikatakan berasmara dengan wanita keempat, Ann Corbitt, 28, ketika Chelsea mengunjungi Amerika Syarikat untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab Seattle Sounders, Julai tahun lalu.

Menurut kakitangan kerajaan tempatan itu, dia berasmara dengan Cole dalam bilik pemain bola sepak itu.
“Cole juga mengirim gambar lucahnya kepada saya,” katanya.

Sumber berkata, Cole sedang meraikan kemenangan Chelsea dengan rakannya apabila ditegur Ann bersama seorang wanita lain di Seattle.

Sementara itu, isteri Cole, Cheryl, 26, dilihat meluangkan masa makan malam dengan seorang penari kacak di Hollywood, semalam.

Sumber berkata, Derek Hough, 24, adalah bintang program realiti televisyen AS, Dancing with the Stars.

“Cheryl menghantar limosin menjemput Hough dan membawanya menonton filem komedi romantik, Valentine’s Day,” katanya.

Pasangan itu kemudian berseronok sambil makan malam bersama.

“Ia seperti pertemuan pasangan kekasih – menonton filem dan makan malam di restoran mahal, kedua-dua mereka saling berpegang tangan dan ketawa riang,” katanya. – Agensi

-hmetro

This entry was posted in Karenah Selebriti and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge