LONDON: Bintang bola sepak Chelsea, Ashley Cole semalam didedahkan sebagai pembohong selepas mesej lucah dan gambarnya ditemui dalam telefon bimbit seorang lagi wanita.
Pembohongan Cole, 29, yang juga bermain untuk England dan suami bintang X Factor, Cheryl terbongkar beberapa hari selepas dia menafikan menghantar gambar bogelnya kepada seorang model separuh bogel. Cole sebelum ini mendakwa dia merakamkan gambar berahi dirinya dengan menggunakan telefon bimbit secara suka-suka. Pertahanan Chelsea itu berkata, gambar berkenaan diperoleh gadis glamor, Sonia Wild selepas dia memberikan telefon bimbit sementara itu kepada seorang kawan yang kemudian memberikan kepada rakan lain. Bagaimanapun, penjelasan itu semalam didedahkan sebagai pembohongan. Akhbar The Sun melaporkan seorang setiausaha yang tidak dinamakan bagi melindungi identititnya, turut menerima gambar serupa dan lebih 300 mesej, dihantar daripada telefon yang sama sembilan bulan lalu.
Gambar itu termasuk imej Cole berdiri di depan cermin bilik mandi dengan seluar putih sementara yang lain terlalu lucah untuk disiarkan.
The Sun yakin Cole menghantar gambar bogelnya dan beratus mesej lucah sepanjang dua bulan ketika Cheryl sibuk menjadi hakim X Factor untuk musim 2008.
Mesej yang dihantar oleh Cole kepada wanita itu juga mendedahkan tindakannya untuk melindungi kecurangannya.
Ketika sesi teks pertama dengan wanita itu pada 4 Oktober 2008, Cole menulis: “Saya merayu anda supaya merahsiakan perkara ini di antara kita.” Beberapa minit kemudian, dia menghantar satu mesej lagi berbunyi: “Harap anda padamkan semua mesej.” Tidak lama kemudian, Cole meminta wanita itu menghantar gambarnya.
Bintang bola sepak Chelsea itu yang memperoleh pendapatan RM440,000 seminggu pula menghantar beberapa gambarnya, termasuk satu dengan dia hanya berseluar dalam dan dua lagi menunjukkan dia dalam keadaan teransang. – Agensi
-hmetro
bro, bukan takat sorang..sampai 4 orang…pehh..pandai jantan ni cari line.. hehe
jom tengok koleksi Cole dekat budakhitam.com
skang mamat nie lak tengah panas pasal skandal…. lepas tiger wood dan john terry….