BANDA ACEH: Seorang lagi wanita mendakwa menjadi mangsa serangan seks dua lelaki yang menyamar sebagai pegawai agama selepas seorang pelajar mendakwa dirogol Polis Syariah Aceh.
Timbalan Penguasa Polis Agama Aceh, Syarifuddin mengakui kejadian Rabu lalu adalah yang terbaru membabitkan serangan seksual di Aceh Tengah apabila mangsa, seorang pelajar berusia 24 tahun dirogol dua lelaki terbabit.
Ketua Polis Aceh Tengah, Edwin Rahmat Adikusumo berkata pelajar terbabit duduk bersama teman lelakinya di Tasik Laut Tawar ketika lelaki mendakwa pegawai agama mendekati mereka.
“Lelaki terbabit mengugut menikahkan mereka,” kata Edwin. “Disebabkan takut, dia menurut perintah mereka dan membiarkan teman lelakinya itu di tasik.
Edwin berkata, wanita terbabit dibawa ke sebuah tempat sunyi dan dirogol.
“Polis kini memburu dua lelaki itu dan berharap dapat menahan mereka dalam masa tiga hari,” katanya.
Edwin berkata, lelaki terbabit tidak memakai seragam polis agama ketika menculik budak perempuan itu dan pihak polis percaya mereka bukan anggota pasukan berkenaan.
“Remaja yang berpeleseran di tasik sering menjadi mangsa,” katanya.
Ketua polis agama daerah, Syukuruddin berkata suspek bukan dari unit mereka kerana pegawainya sentiasa berpakaian seragam lengkap ketika bertugas.
“Mangsa sudah mengecam 38 ahli skuad dan tidak mengenali sesiapa yang bertanggungjawab,” katanya.
Katanya kes berkenaan adalah pelik kerana mangsa tidak berada dalam keadaan trauma. – Agensi
-bharian