PUSAT GAY diserbu 10 kali




mainpix1 PUSAT GAY diserbu 10 kali
SEBAHAGIAN lelaki ditahan dalam serbuan di pusat gay di Pulau Tikus.

Lelaki warga asing jadi tukang urut, sedia khidmat seks

GEORGETOWN: Dua pusat kesihatan yang popular di kalangan golongan gay di sebuah kompleks beli-belah di Pulau Tikus di sini, masih teguh beroperasi walaupun sudah 10 kali diserbu pihak berkuasa.

Biarpun ditutup seketika selepas diserbu, kedua-dua pusat berkenaan yang terletak bersebelahan di tingkat dua kompleks beli-belah itu, dipercayai beroperasi semula dengan menggunakan nama lain bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Sejak dibuka beberapa tahun lalu dengan menyediakan lelaki warga asing sebagai tukang urut dan seterusnya khidmat seks bagi kaum sejenis, pusat itu sudah beberapa kali bertukar nama.

Walaupun begitu, pusat itu tetap beroperasi dengan menawarkan perkhidmatan yang sama dan popular di kalangan golongan gay terutama warga asing seperti China dan Myanmar.

Setiap pelanggan yang ingin memasuki premis itu perlu menggunakan kata laluan dan kehadiran mereka diawasi kamera litar tertutup sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengesan kehadiran polis.

Pusat itu turut menyediakan gambar lelaki bogel yang menunjukkan posisi menghairahkan untuk memudahkan pelanggan membuat pilihan, selain membekalkan krim pelincir dan tuala.

Agak memeranjatkan juga apabila Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) meluluskan permohonan lesen ‘pengusaha baru’ pusat berkenaan walaupun premis itu beberapa kali diserbu polis kerana menyalahkan guna permit.

Dalam serbuan terbaru sepasukan polis di premis berkenaan, baru-baru ini, seorang lelaki warga emas berusia 64 tahun adalah antara 17 lelaki yang diberkas.

Pelanggan premis itu yang ditahan adalah 10 warga Myanmar, China, Thailand, Vietnam dan Bangladesh serta tujuh lelaki tempatan yang berusia 22 tahun hingga 64 tahun.

Operasi dilakukan kira-kira jam 10 malam oleh sepasukan anggota Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) hasil maklumat awam dan intipan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata pihaknya menyerbu pusat berkenaan selepas menerima maklumat mengenai premis itu yang menggunakan lelaki warga asing untuk menarik pelanggan.

Pemeriksaan mendapati, kedua-dua pusat itu beroperasi dan menggunakan lelaki tampan bertubuh sasa terdiri daripada warga asing yang diambil bekerja secara sambilan sejak sebulan lalu.

Katanya, premis diserbu beberapa kali sehingga operasi mereka lumpuh dan ditutup, tetapi kegiatan berkenaan diteruskan apabila pengusahanya membuka semula dengan berselindung sebagai pusat kesihatan dan urut.

“Difahamkan, premis itu baru saja memperoleh lesen daripada MPPP dan pusat berkenaan dipercayai kembali beroperasi secara sulit bagi mengaburi mata pihak berkuasa dari jam 3 petang hingga 12 malam,” katanya.

Dalam serbuan itu, polis mendapati ada pasangan sedang mengurut di antara satu sama lain, menahan dua penjaga premis itu berusia 30 dan 38 tahun serta merampas sejumlah dadah dipercayai syabu.

Semua lelaki warga asing itu mempunyai dokumen perjalanan yang sah tetapi menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja di pusat berkenaan dan terbabit dalam aktiviti tidak bermoral.

-bharian

This entry was posted in Gelagat Manusia and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

3 Responses to PUSAT GAY diserbu 10 kali

  1. rose says:

    ni baru betol namanya gay tegar! hahaha 10 kali -_-"

  2. species1980 says:

    Sekarang nie dah jadi satu komuniti….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge