Buku 101 cara dera suami dijual




NEW YORK: Sebuah buku menggariskan 101 cara yang boleh dilakukan isteri untuk ‘mendera’ suami dikeluarkan sebuah pengacara stesen radio di bandar raya ini.

Buku itu berjudul 101 Ways to Torture Your Husband (101 Cara Untuk Mendera Suami) ditulis oleh Maria Garcia-Kalb, lapor akhbar The Sun.

Akhbar itu menyatakan, buku itu membincangkan pelbagai taktik bijak yang boleh dilakukan wanita ke atas pasangan masing-masing sehingga mereka ‘melutut’ minta ampun.

Buku itu juga menyatakan, ‘kemuncak penderaan’ yang boleh dilakukan isteri ialah dengan memakai pakaian seksi ketika tidur tetapi tidak mempedulikan suami sepanjang malam.

Antara petua Maria yang lain termasuk bertanya suami berulang kali sama ada sudah gemuk sambil menunjukkan tubuh sendiri yang masih menawan atau terus mengatakan dia memang gemuk bagi ‘menyentuh’ egonya. – Agensi

-bharian

This entry was posted in Ragam Dunia and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge