![]() ZUMA bergambar bersama tiga isterinya, Sizakele Khumalo (kanan), Nompumelo Ntuli (kiri) dan Tobeka Madiba (dua dari kiri) dalam satu majlis di Cape Town, tahun lalu. |
JOHANNESBURG: Ada pihak menyifatkan Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma, perlu mengubah tabiat sebagai ‘gigolo’ selepas akhbar melaporkan beliau menjadi bapa seorang anak luar nikah baru-baru ini.
Jurucakap presiden Afrika Selatan semalam menyifatkan laporan akhbar bahawa Zuma yang mengamalkan poligami, menjadi bapa seorang anak luar nikah sebagai ‘isu terlalu peribadi’ tanpa mengesah atau menafikan perkara itu.
Seorang bekas anggota parti serpihan terkenal pimpinan Zuma yang dibentuk pada 2008, turut bersetuju dengan pandangan itu.
“Penduduk Afrika Selatan mahu suara mereka didengar dan memberitahu Zuma supaya berkelakuan seperti presiden dan bukan gigolo,” kata Mosiuoa Lekota.
Pembangkang politik mengkritik Zuma yang memiliki tiga isteri dan beliau dilaporkan bertunang. Mereka menuduh perbuatannya memberi contoh yang salah di negara itu berikutan satu persepuluh penduduknya menghidapi virus Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids). – AP
-bharian
