Mungkir janji kahwin lepas hubungan seks




NEW DELHI: Mahkamah Tinggi Delhi menolak rayuan seorang lelaki untuk dibenarkan ikat jamin selepas didakwa memperkosa tunangnya dan kemudian enggan mengahwini mangsa.

Hakim VK Jain membuat keputusan itu terhadap tertuduh, Nishant (bukan nama sebenar) yang memohon ikat jamin supaya dibebaskan selepas dituduh merogol gadis itu selepas direstui keluarga dan kemudian bertunang dengannya.

“Jika seorang gadis akur kepada kehendak seorang pemuda buat kali pertama kerana ada kaitan dengan hasrat berkahwin didahului dengan pertunangan, dia lakukannya kerana tidak mahu kecewakan bakal suaminya,” kata Jain yang menolak hujah tertuduh bahawa hubungan seks itu berlaku secara sukarela.

Hakim itu menegaskan, jika beliau membuat keputusan bahawa perbuatan memujuk untuk mengadakan hubungan seks dengan niat menipu dengan berjanji untuk berkahwin adalah bukan perkosaan, itu bermaksud perbuatan terbabit diizinkan sedangkan ia adalah jenayah dan keji.

Beliau berkata, mahkamah tidak boleh memberi lesen kepada pihak yang mencari peluang mengeksploitasi kelemahan gadis tempatan yang menyanjungi institusi perkahwinan.

Nishant mendapat restu keluarga selepas menjalin hubungan dengan gadis itu dan mereka kemudian bertunang, lapor Times of India.

Selepas itu, pasangan terbabit sering bertemu dan Nishant dituduh memaksa tunangnya untuk melakukan hubungan seks.

Tertuduh kemudian enggan mengahwininya menyebabkan gadis itu mengemukakan dakwaan jenayah terhadapnya. Selepas ditahan, tertuduh meminta mahkamah membenarkan ikat jamin.

- Agensi

-bharian

This entry was posted in Gelagat Manusia and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Mungkir janji kahwin lepas hubungan seks

  1. topo says:

    macam-macam hal.. belum kawen semua rela.. pastu nyesal..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge