Perroncel sedia cerita hubungan sulit




 Perroncel sedia cerita hubungan sulit
Vanessa Perroncel

Kekasih kapten bola sepak Chelsea dapat tawaran RM1.3 juta dedah skandal

LONDON: Model pakaian dalam wanita, Vanessa Perroncel yang didakwa menjalin hubungan sulit dengan kapten bola sepak Chelsea, John Terry, sedia mendedahkan sepenuhnya kisah mereka berikutan menerima tawaran wang.

Perroncel adalah kekasih rakan sepasukan bintang Chelsea itu, Wayne Bridge sudah berpindah ke Manchester City dan England.

Pegawai publisiti Perroncel, Max Clifford, mendedahkan pelanggannya ditawarkan £250,000 (RM1.3 juta) untuk mendedahkan hubungan dengan Terry.

“Tawaran £250,000 adalah yang terbaru. Saya sedang merundingkannya bagi pihak beliau,” kata Clifford kepada akhbar The Sun.

“Dia terkejut dengan apa yang berlaku. Dia tidak pernah bercakap dengan mana-mana wartawan dan membaca pelbagai cerita dalam akhbar.

“Dia mengakui ada laporan yang benar mengenai dirinya tetapi yang lain tidak benar. Dia tidak tahu apa perlu dilakukan ketika ini.

“Ramai wartawan mengetuk pintunya dan mengambil gambar di mana saja dia pergi. Dia tidak pernah meminta perkara itu berlaku dan tidak pernah bercakap dengan sesiapa,” kata Clifford.

Malah, Terry yang berkahwin dengan Toni Poole dan mempunyai sepasang anak kembar, dibandingkan dengan pemain golf nombor satu dunia, Tiger Woods yang menjalin hubungan dengan 19 wanita.

Setakat ini, Terry dikaitkan dengan 10 wanita dan sumber mendakwa bilangan itu mungkin melebihi bilangan kekasih Woods.

“Terry dilihat seperti Tiger Woods dan tidak ambil peduli siapa yang kecewa dengan sikapnya.

“Dia ketagih seks, dan perlu menilai semula keadaan dirinya ” lapor akhbar Daily Star yang memetik sumber.

Media melaporkan antara yang pernah menjadi ‘mangsa’ Terry termasuk selebriti tempatan, Alicia Douvall, 30, dan model promosi, Jayne Connery, 42.

Seorang lagi model, Shalimar Wimble, 36, mendakwa berasmara dengan Terry di kediaman Bridge. Terry juga dipercayai pernah berhubungan dengan Emma Kearney, 31; Rebecca Ryan, 18; Nicola Ulian, 26; dan bekas aktres filem lucah, Karina Clarke, 24; Lianne Johnson, 21; dan Jenny Barker, 17; pada 2005.

-bharian

This entry was posted in Karenah Selebriti and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge