Jaimie Grubbs mengaku tak malu TUNJUK BADAN




Kekasih Woods rela aksi seksi dirakam


FLORIDA: Jaimie Grubbs, seorang daripada wanita simpanan pemain golf nombor satu dunia, Tiger Woods mengambil keputusan berbikini untuk sebuah majalah popular lelaki.

Selepas gambar itu diambil, dia juga mengulas hubungannya dengan pemain golf berkenaan, mendedahkan banyak lagi fakta.

Apabila ditanya mengenai gambar berkenaan, Grubbs mengaku tidak malu ketika aksinya dirakamkan.

Ini kerana dia percaya bahawa bergambar dan bergaya seksi tidak ada kena mengena dengan berkelakuan tidak sopan.

Namun, akui Grubbs agak sukar untuk seseorang digelar seksi namun masih dianggap ada wibawa.

Dia menjelaskan pada akhirnya itulah yang mahu dicapai sejak sekian lama.

Grubbs juga memberitahu, jika ada filem dihasilkan berdasarkan kisah skandal pemain golf memalukan itu, dia sanggup terbabit secara langsung.

Pada masa sama, Grubbs melaporkan, dia suka jika peranan Woods dipegang seseorang seperti Brad Pitt.

Grubbs juga mengulas hubungannya yang terputus bersama Woods, menyentuh mengenai isu mesej teks kontroversi dan mesej pesanan suara.

Pelayan koktel itu menerangkan, dia masih menyimpan mesej itu lama selepas hubungannya dan Woods terputus kerana dia adalah seorang yang sentimental.

Grubbs juga dilaporkan sudah mempunyai kekasih hati. Pelayan koktel, 24, itu dikatakan sedang berkasih dengan pelayan bar dari Los Angeles dan dilihat keluar bersama beberapa kali.

Sumber rapat dengan Grubbs mendedahkan pelayan Los Angeles itu menghabiskan masa dengan pelayan bar terbabit selama sebulan kini dan pasangan itu dikatakan berpoya-poya bersama.

Dikatakan lagi, pasangan itu kini sedang hangat bercinta dan Grubs baru-baru ini merujuk pelayan bar berusia 30-an terbabit sebagai teman lelakinya. ? Agensi

-bharian

Leave a comment

Your comment

CommentLuv Enabled