SINGAPURA: McDonald’s memohon maaf kepada Singapura semalam dan menawarkan semula permainan berbentuk khinzir dalam senarai permainannya, selepas keputusannya sebelum ini untuk mengeluarkan haiwan itu daripada koleksi zodiak Cina mengecewakan ramai penduduk republik itu.
McDonald’s bulan ini mula menjual karakter kartun mini menggambarkan 12 haiwan dalam kalendar zodiak Cina, namun khinzir digantikan oleh ikon kasih sayang Cupid ketika McDonald’s berkata ia tidak mahu menghina umat Islam.
Namun tindakan itu, dikecam ramai pelanggan Cina yang mengadu dalam ruang sembang dan blog bahawa mereka tidak berpeluang membeli karakter haiwan kelahiran mereka.
“Kami memohon maaf dan amat berterima kasih,” kata rangkaian makanan segera itu dalam iklan separuh muka dalam akhbar Straits Times, menyatakan ia tidak berniat untuk menghina sesiapa.
Singapura yang mempunyai penduduk berbilang kaum berjaya mengelak ketegangan kaum sejak rusuhan maut pada 1960-an walaupun kerajaan melihat perkauman sebagai potensi terbesar pencetus rusuhan.
“Saya faham bahawa kita perlu menghormati penduduk Islam oleh kerana Singapura adalah masyarakat berbilang kaum dan agama,” kata Pauline Koh yang mana anak perempuannya lahir pada tahun khinzir menulis dalam Straits Times.
-bharian
Lowh… Bleh plak cam tu erk… Bwat je la patung babi pn ape salahnya… Babi tu kan binatang je… Bukan jual daging babi bg org islam makan pun… Kadang2 persepsi kita umat islam kepada babi ni terlalu mendalam sampai tak boleh tersentuh langsung.
betul tu ery..patung je kot..tapi ape2 hal pun bagus jugak..kurang2 kita dah mula alert dengan isu2 sensitif ni
Yeah…. at least ianya sebagai tanda kita skang nie lebih peka …