| Julia Perez |
Aktres Indonesia tak risau digelar bintang filem adegan gesel menggesel
JAKARTA: Aktres seksi Indonesia, Julia Perez, menyifatkan dirinya lebih hebat daripada pelakon filem dewasa Jepun, Maria Ozawa atau terkenal dengan panggilan Miyabi.
“Jika orang kata Miyabi itu hebat, Jupe (singkatan nama Perez) lebih dahsyat,” kata pelakon itu di Planet Hollywood, Jakarta, baru-baru ini.
Malah, Jupe atau sebenarnya, Yuli Rachmawati, mengaku tidak risau sekalipun diberi gelaran bintang filem adegan gesel menggesel atas alasan, mutu lakonan perkara terpenting.
“Saya boleh lakukan adegan telanjang, berlakon menangis dan menyanyi. Apa saja watak saya boleh buat,” kata aktres itu yang juga seorang janda selepas bercerai dan ditinggalkan warga Perancis, Damien Perez.
Dalam dunia hiburan, apa yang penting ialah penghayatan dalam lakonan, nyanyian mahupun ketika memainkan lagu sebagai ‘DJ’, kata Jupe.
Ketika ditanya apa yang lebih digemari, berlakon atau menjadi ‘DJ’, aktres itu menjawab: “Saya pelakon. Perkara utama ialah kita mesti profesional.”
Dalam pada itu, timbul laporan yang menyatakan bahawa Perez tidak lagi intim dengan pemain bola sepak yang berasal dari Argentina, Gaston Castano, bagaimanapun aktres itu menekankan mereka masih berkawan seperti biasa.
Diminta mengulas pendiriannya mengenai kekasih, beliau memberitahu dia tidak akan terburu-buru.
“Saya tidak mahu terlalu terburu-buru mencari teman istimewa,” katanya.
-bharian
P/S : Saksikan trailer SUSTER KERAMAS yang dibintangi oleh seorang lagi pelakon SENSASI jepun – RIN SAKURAGI…

sexy ekk!
Artis indon memang sentiasa sexy….