BEIJING: Kerajaan China menawarkan ganjaran wang tunai lebih banyak kepada mereka yang melaporkan laman web lucah selepas menyerahkan 224,000 yuan (RM109,568.99) sehingga lewat minggu lalu, kata media tempatan, kelmarin.
China menjalankan kempen diberi publisiti meluas ke atas apa yang dikatakan sebagai bahan lucah dan mengghairahkan yang memenuhi internet negara itu dan dianggap mengancam kesihatan emosi kanak-kanak.
Dalam tempoh mulai 4 Disember sehingga 15 Januari lalu, kakitangan Pejabat Anti-Pornografi dan Anti-Penerbitan Haram Nasional bersama pemerhati penerbitan, menerima lebih 90,000 laporan mengenai laman web lucah, kata agensi berita Xinhua.
Seramai 215 orang menerima 224,000 yuan kerana melaporkan laman web terbabit dengan ganjaran antara 1,000 yuan sehingga 10,000 yuan (RM489.11 hingga RM4,890.53), tambah Xinhua.
Laman yang ditutup termasuk ‘Lilac adult community,’ ‘Free strongly-emotional films’ dan ‘Naked chat bar’, katanya.
Pihak berkuasa kini menawarkan lebih banyak wang sebagai ganjaran terhadap laporan web lucah bagi menggalakkan penduduk mengambil bahagian secara proaktif,” kata Xinhua.
Pada 2009, pihak berkuasa menutup atau menggantung operasi lebih 15,000 laman lucah, termasuk lebih 11,000 dalam tapak web WAP.
Dengan anggaran 384 juta pelayar internet, China memiliki jumlah pengguna online terbesar berbanding mana-mana negara.
Usaha anti-pornografi juga memerangkap banyak laman yang sensitif politik dalam apa yang dilihat sebagai usaha kerajaan mengawal media baru.
China sudah mengharamkan sejumlah laman web popular dan perkhidmatan internet termasuk Youtube Google, Twitter, Flickr dan Facebook serta laman perkongsian kandungan China.
Google Inc mengumumkan minggu lalu ia tidak lagi bersedia untuk menapis hasil carian internet di China dan ia mungkin menutup laman web google.cn dan menutup pejabatnya di negara itu mencetuskan ketegangan diplomatik. – Reuters
-bharian
alamak… susah nak cari makan cam ni..hehehe
Dekat china memang payah dowh…. google,yahoo,facebook dan twitter sume kerajaan CHINA block…