Serangga terpanjang dunia




du 12.1 Serangga terpanjang dunia

SEORANG petugas Muzium Sejarah Alam menunjukkan mentadak yang diberi nama Phobaeticus chani di London baru-baru ini.


LONDON – Seekor mentadak sepanjang tangan manusia yang ditemui di Sarawak menjadi serangga paling panjang di dunia, kata saintis dari Britain semalam.

Spesimen berkenaan ditemui oleh seorang lelaki, Philip Bragg dan kemudiannya diserahkan kepada pencinta alam sekitar Malaysia, Datuk Chan Chew Lun pada 1989.

Seorang saintis di Muzium Sejarah Alam di London, Paul Brock yang tidak mempunyai kaitan dengan penemuan tersebut berkata, ia tidak disangkal sebagai serangga terpanjang yang pernah ditemui berikutan keganjilan saiznya.

Ia kelihatan seperti sebatang buluh dan serangga berwarna hijau itu mempunyai ukuran 56.7 sentimeter (cm).

Serangga itu berukuran 35.7 cm dari hujung kepala hingga ke abdomen di mana ia mengalahkan rekod serangga terpanjang sebelum ini iaitu Phobaeticus kirbyi berukuran 2.9 cm yang juga berasal dari Borneo.

“Serangga itu mempertahan diri dengan cara bergantung pada ranting pokok dan ia bergerak mengikut arah tiupan angin,” kata Brock. – AP

-kosmo

This entry was posted in Berita Tergempar and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

8 Responses to Serangga terpanjang dunia

  1. didi says:

    mcm ranting kayu pun ade

  2. naim says:

    peh..die gigit mesti skit..huhu

  3. dieylah88 says:

    salam…panjang2..hehe..berat ke tak ek..biasa mentadak ringan je..bangga la cmni coz jumpa kat negeri sy..hehe

  4. Ery says:

    Serangga akhir zaman.. Huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge