Bunting tanpa senyawa




in 05.1 Bunting tanpa senyawa


SEJENIS jerung hujung hitam Atlantik yang dinamakan Tidbit tidak mempunyai tanda-tanda kehamilan dan ia bahkan tidak melakukan hubungan kelamin. Jadi, para saintis amat terkejut semasa satu autopsi apabila jerung tersebut didapati hamil.

Ini merupakan kali kedua kehamilan dara bagi jerung yang dilaporkan.

“Kami tidak pernah melihat ia berkelakuan seperti hamil atau menunjukkan tanda-tanda biasa telah bersenyawa,” kata pengkaji Beth Firchau dari Virginia Aquarium, tempat di mana Tidbit telah tinggal sejak lapan tahun lalu.

Jerung biasanya akan mengubah tabiat pemakanan ketika mengandung, dan jerung betina biasanya akan mempunyai tanda gigitan dan tanda-tanda fizikal yang lain akibat keganasan dalam sesi persenyawaan.

“Tidak terdapat jerung hujung hitam jantan dalam tangki tersebut sejak lapan tahun lalu,” Firchau menambah. Jerung hujung hitam Atlantik, Carcharhinus limbatus mendapat namanya kerana tanda hitam yang ketara di hujung sirip mereka. Ia merupakan antara spesies jerung yang paling biasa ditemui di perairan Florida, Amerika Syarikat.

“Saya fikir, mungkin ini merupakan sesuatu yang secara asasnya, banyak jerung betina boleh lakukan,” kata pengkaji, Demian Chapman, saintis jerung dari Institut Sains Pemuliharaan Laut, Stony Brook University, New York.

This entry was posted in Ragam Dunia and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Bunting tanpa senyawa

  1. naim says:

    keajaiban..Kalau tuhan nak tunjuk keajaiban,kita tak dapat cari dari sudut sains..cari2 lagi pening..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge