IKLAN firma Weatherproof menunjukkan gambar Obama yang dibantah Rumah Putih. |
WASHINGTON: Penggunaan gambar Presiden Barack Obama oleh sebuah syarikat pakaian manakala aktivis haiwan menggunakan foto isterinya, Michelle, tanpa kebenaran diberi tumpuan media selepas Rumah Putih membantahnya, di sini semalam.
Akhbar New York Times (NYT) menganggap penggunaan gambar Obama oleh sebuah syarikat pakaian di New York selari dengan imejnya yang gemar mencari publisiti murahan.
Syarikat itu, Weatherproof Garment, menggunakan gambar Obama memakai jaket ketika melawat Tembok Besar China, November lalu bagi iklan di Times Square.
Lesen imej itu diberi kepada agensi berita Associated Press (AP). Weatherproof juga meletakkan imej itu pada laman webnya bertajuk ‘The Obama Jacket’ (Jaket Obama).
Jurucakap Rumah Putih berkata, mereka akan meminta firma itu menurunkan gambar berkenaan.
“Iklan itu mencetuskan tanggapan salah kerana membayangkan presiden atau Rumah Putih bersetuju gambarnya dijadikan iklan,” katanya.
| POSTER Peta memaparkan gambar Michelle (dua dari kiri) bersama selebriti lain yang ditegur pihak Rumah Putih. |
Tetapi, Presiden Weatherproof, Freddie Stollmack, berkata gambar itu dipakai kerana jaket itu keluaran mereka.
Sementara itu, kumpulan hak asasi haiwan, Peta, turut ditegur kerana menggunakan imej Michelle Obama tanpa kebenarannya pada poster yang menyanjung wanita pertama Amerika Syarikat itu kerana tidak memakai pakaian bulu haiwan.
Poster berkenaan dipamerkan di dua stesen kereta api metro di Washington, memaparkan gambar Michelle, hos program bual bicara popular, Oprah Winfrey dan supermodel Tyra Banks serta penyanyi, Carrie Underwood dengan tajuk ‘Fur Free and Fabulous’ (Hebat dan Bebas Bulu Haiwan).
“Kami tidak memberi kebenaran untuknya,” kata Semonti Stephens, jurucakap wanita pertama itu.
Semonti mengesahkan, Michelle sememangnya tidak memakai pakaian berbulu haiwan, tetapi tidak tahu sama ada pernah melihat poster itu.
Pegawai berkenaan berkata, Rumah Putih sudah menghubungi Peta atau ‘People for the Ethical Treatment of Animals’, mengenai poster berkenaan.
Tetapi, Peta, yang dikenali kerana kempen yang sentiasa menarik perhatian ramai, nampak seolah-olah tidak mahu mengalah.
Presidennya, Ingrid Newkirk, berkata pertubuhannya tidak meminta Rumah Putih membiayai atau mempromosi kempennya, ‘kerana mereka tidak boleh berbuat demikian’.
Tetapi, beliau berkata Michelle pernah mengeluarkan kenyataan, beliau tidak memakai pakaian berbulu haiwan dan ‘dunia seharusnya tahu pada pandangan Peta, bahawa beliau memang hebat. – Reuters
-bharian
kontroversi ….Malaysia camner pula?
Ada Apa Dengan Melromeo
Sekarang nie dah banyak sangat kontroversi kat malaysia… pihak berkenaan kena cari penyelesaian yang tak menganggu perpaduan….
Info yang bermanfaat. Terima kasih banyak