Penyepit dalam otak dikeluarkan




mainpix1 Penyepit dalam otak dikeluarkan
DOKTOR menunjukkan penyepit yang berjaya dikeluarkan selepas menusuk hidung Li.

BEIJING: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 14 bulan selamat menjalani pembedahan mengeluarkan penyepit makanan dari dalam otaknya selepas ia dikatakan ‘tertusuk’ ke lubang hidungnya secara tidak sengaja.

Kanak-kanak itu, Li Jingchao dari wilayah Shandong di utara China, kini menjalani rawatan lanjut di hospital Bo Ai selepas mengalami jangkitan kuman berpunca daripada penyepit makanan itu, kata jurucakap hospital, Chen Yawei, di sini semalam.

Chen berkata, Li dikatakan sedang bermain ketika ibunya mencuci pinggan mangkuk di dapur, apabila dia tiba-tiba jatuh dan mula menangis selepas penyepit itu menusuk hidungnya. – AP

-bharian

This entry was posted in Ragam Dunia and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Penyepit dalam otak dikeluarkan

  1. mi vida says:

    salam..erm..macam2 la yg jadi kan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge