Misteri imej mirip manusia dalam akuarium




du 08.1 Misteri imej mirip manusia dalam akuarium

BULATAN ini menunjukkan imej wajah mirip manusia dalam akuarium The Deep, Hull Britain.


LONDON – Seorang wanita, Emma Place yang berumur 21 tahun merakamkan gambar mirip wajah manusia di dasar akuarium The Deep di Hull, Britain menerusi sebuah telefon bimbit berkamera, lapor sebuah akhbar semalam.

Gambar tersebut menyebabkan pakar-pakar di lokasi tarikan pelancong bernilai £53 juta (RM325 juta) itu binggung kerana ia memaparkan wajah manusia menoleh ke arah seekor ikan jerung.

Emma merupakan seorang pelajar perubatan pergigian dari Doncaster hanya menyedari rakaman wajah mengerunkan itu selepas pulang ke rumah.

Dia berkata: “Kekasih saya bertanya apakah itu? Saya menjawab ia adalah seekor ikan jerung.

“Tidak, itu adalah kepala. Oh Tuhan! Gambar itu kelihatan amat menakutkan.”

Ketua-ketua akuarium itu menghabiskan masa berjam-jam meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum mengesahkan hanya Emma dan bapanya berada dalam terowong ketika gambar wajah manusia dirakamkan.

Mereka juga berusaha untuk mencipta suasana ketika rakaman itu dilakukan bagi memastikan mungkin gambar tersebut merupakan satu pembalikan cahaya tetapi eksperimen berkenaan gagal menemui jawapan.

Akuarium itu terletak di tebing muara Humber dan dibina di tapak sebuah hospital di mana mangsa-mangsa penyakit cacar ditempatkan.

Kejadian itu bukan merupakan yang pertama dilaporkan berhubung penemuan hantu.

Seorang pengawal mendakwa pernah menemui bayang-bayang di kawasan TimeLine di akuarium itu.

Ketua Pegawai Eksekutif The Deep, Colin Brown berkata: “Kami pasti terdapat satu penjelasan logik (berhubung wajah manusia itu).” – Agensi



This entry was posted in Ragam Dunia and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge