PARIS Hilton didakwa langgar hak milik intelektual syarikat kasut. |
LONDON: Sebuah syarikat pembuat kasut menyaman Paris Hilton kerana meniru reka bentuk keluaran syarikat itu dan menggunakannya dalam produk kasut keluaran pelakon itu.
Menurut dokumen mahkamah yang difailkan minggu lalu, Gwyneth Shoes yang berpangkalan di New York, mengambil tindakan terhadap Hilton atas dakwaan melanggar hak milik intelektual syarikat itu.
Peguam Gwyneth Shoes menuntut Hilton menyerah kepadanya keuntungan daripada jualan semua kasut yang dikeluarkan menggunakan reka bentuk milik syarikat itu, lapor akhbar Britain Daily Express.
Gwyneth Shoes yang keluarannya direka oleh Gwen Frempong-Boadu, berkata kasut keluaran Hilton juga mempunyai pelapik kasut berbentuk hati seperti kasut keluaran syarikat berkenaan.
Syarikat berkenaan mendakwa ia sudah memfailkan paten pelapik berbentuk hati itu pada 2007, iaitu beberapa bulan sebelum Paris Hilton Footwear melancarkan keluaran dengan pelapik yang sama pada awal 2008.
Koleksi kasut Hilton dilancarkan pada Februari 2008 di Macy di Plaza South Coast di Mukim Orange, California.
Menurut laman webnya, Hilton sendiri memilih reka bentuk dan bahan bagi koleksi berkenaan dan beliau sendiri mereka pelapik berbentuk hati itu.
Hilton berkata: “Setiap kasut mempunyai pelapik berbentuk hati yang selesa dipakai. Anda boleh menari sepanjang malam memakai kasut ini. Pelapik itu juga berwarna merah jambu dan bagaimana anda melihatnya ia kelihatan sangat comel.” – Agensi
kan dah kene saman
hihi
bab saman-saman nie pun boleh jadi publisiti gak kan….
I have been watching Paris Hilton’s BFF. Where do they get these people? They are from another world!