![]() |
Aktres muda saman pengendali laman www.MoeJackson.com
LOS ANGELES: Aktres Vanessa Hudgens mengemukakan satu saman di mahkamah persekutuan Amerika Syarikat terhadap sebuah pengendali laman web yang menyiarkan foto pelakon itu dalam keadaan tidak berpakaian.
Aktres yang terkenal menerusi filem High School Musical itu menyaman pemilik laman web ‘www.MoeJackson.com’, lapor TMZ.
Dalam saman berkenaan, Hudgens menuduh pengendali web terbabit enggan membuang ‘gambar konsep potret’ beliau menyebabkannya mengambil tindakan undang-undang.
“Foto berkenaan diambil menggunakan kaedah yang tidak diketahui dan diletakkan di internet oleh pihak tidak dikenali tanpa pengetahuan atau izin Hudgens,” kata saman itu.
Tetapi, ia tidak menyebut mengenai banyak lagi foto di laman web terbabit turut menunjukkan aktres berkenaan tidak berpakaian, kata TMZ.
Hudgens dilaporkan menuntut bayaran ganti rugi dan supaya hakim mengeluarkan injuksi untuk memaksa pengendali web itu membuang gambar berkenaan. Ini adalah kes kedua Hudgens membabitkan penyiaran gambar bogelnya.
Sebelum ini, laman web ‘AccessHollywood.com’ turut melaporkan bahawa Hudgens meminta maaf kepada peminatnya selepas beberapa gambar persendiriannya termasuk dalaman keadaan tanpa seurat benang pada badannya disiarkan di internet pada 2007.
Malah, awal tahun ini, ketika majlis anugerah ‘Teen Choice’, pengacaranya yang juga pelawak Dane Cook menyindir Hudgens dengan berkata, “Kamu sepatutnya berpakaian. Telefon adalah untuk membuat panggilan saja,” kata Cook sambil kamera menunjukkan reaksi Hudgens.
Bagaimanapun, ulasan Cook itu kemudian disunting oleh stesen televisyen FOX yang menyiarkan majlis berkenaan. ? Agensi
-bharian

macam2 kan…. apa-apa pun jauhilah….
1st Day Danish at School
Link-link ni Bagus….
sentiasa berhati-hati….