SMS terlampau



SMS palsu memerangkap pelanggan telefon bimbit.

Khidmat pesanan ringkas lucah ganggu pengguna KUALA LUMPUR: Kecanggihan teknologi telefon mudah alih terus disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab apabila menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) berunsur lucah kepada orang ramai tanpa mengira usia. Kegiatan itu dikesan semakin aktif sejak kebelakangan ini apabila pihak tidak bertanggungjawab terbabit menghantar SMS berunsur lucah dengan mempelawa pengguna telefon mudah alih menonton gambar dan aksi panas wanita tempatan dan asing.

Sebelum ini, SMS dihantar menggunakan nombor empat angka tetapi kini pihak terbabit bertindak lebih berani apabila menggunakan talian telefon mudah alih dengan beberapa nombor berbeza.

Tujuannya tidak diketahui sama ada tawaran yang dibuat itu benar-benar wujud atau pihak tidak bertanggungjawab terbabit ingin mencuri kredit talian telefon mudah alih mangsa.

Kandungan SMS yang dihantar itu pastinya membimbangkan ibu bapa kerana ia mudah dibaca atau dihantar kepada remaja dan kanak-kanak.

KIRIMAN SMS berunsur lucah semakin berleluasa mengganggu pengguna telefon bimbit.

Antara SMS berunsur lucah itu berbunyi, “Potong! Potong! Potong! Jika anda ingin menonton video yang tidak dipotong, sila balas,” “Jikalau anda boleh tahan nikmati koleksi seksi ini,” “Nak tengok gambar dan aksi amoi Jepun,’ “Video peribadiku yang hebat, sila balas ya,” dan “Amaran! Hanya untuk umur 18 ke atas.”

Wartawan Sentral cuba menghubungi nombor yang tertera selepas menerima SMS terbabit, tetapi talian itu tidak berjawab dan sesetengahnya kedengaran sedang digunakan sepanjang masa.

Seorang warga emas yang enggan namanya disiarkan berkata, beliau terkejut apabila menerima SMS berkenaan baru-baru ini.

Datuk kepada enam cucu ini tidak menyedari SMS berkenaan berunsur lucah sehinggalah pada akhir perenggan, ia memberi amaran hanya untuk mereka yang berusia 18 tahun ke atas.

“Saya berasa malu tidak terkata sebaik saja cucu yang berusia 10 tahun membuka dan membacakan SMS berkenaan kepada saya, baru-baru ini.

“Bayangkan kalau SMS seumpama itu diterima remaja atau anak kita yang masih bawah umur, tentu mereka terpengaruh untuk membalasnya.

“Masyarakat kita sekarang pun sudah semakin teruk dengan gejala sosial dan jika SMS ini terus dibiarkan tersebar, akhlak anak muda kita mungkin akan terus rosak.

“Oleh itu, saya berharap pihak berwajib dapat mengambil tindakan dan memantau SMS tidak senonoh ini,” katanya.

Seorang pelajar institusi pengajian tinggi tempatan dikenali sebagai Shasa, 23, mengaku pernah menerima SMS sama.

“Saya hairan kerana masih ada pihak sanggup melakukan kegiatan tidak bermoral ini. Mungkin mereka cuba mencuri kredit telefon mudah alih atau mungkin ingin mencari pelanggan dengan cara mudah untuk mendapatkan khidmat yang mereka tawarkan itu,” katanya.

Seorang pekerja swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Zaid, 34, turut menerima SMS menawarkan aksi “Amoi” jelita dari Jepun yang menggunakan talian agensi SMS.

“Saya pernah menerima SMS sama. Mereka semakin aktif kini kerana menghantar SMS untuk tujuan sama tanpa mengira masa. Sebagai pengguna, sebaiknya jangan dilayan tetapi kita khuatir ia boleh mempengaruhi remaja,” katanya.

-bharian



This entry was posted in Ragam Dunia and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to SMS terlampau

  1. aidi-safuan says:

    haha…banyak gak terima sms camnih.semua drp no 014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge