Saiz Buah Zakar Mempengaruhi Bilangan Sperma




Mitos
* Memiliki sperma yang cair sering dianggap mandul sedangkan ia tidak tepat. Sebaliknya, penghasilan sperma yang subur dan normal bergantung kepada jumlah sperma, pergerakan dan kandungan sperma normal atau tidak.

* Sperma dikatakan tidak mampu menembusi pakaian. Jawapannya, salah! Kemungkinan untuk hamil tetap ada berdasarkan kepada ukuran sel benih bersaiz mikron untuk menembusi pakaian wanita.

* Amalan makan putih telur dianggap mampu menambah kandungan sperma – ini hanyalah mitos! Ini kerana jumlah penghasilan sperma bergantung kepada saiz buah zakar. Untuk mendapatkan jumlah sperma yang mencukupi, anda digalak mengambil makanan bergizi dan berprotein. Secara teori, kuning telur sebenarnya lebih banyak zat berbanding putih telur!

* Ada pandangan menyebut lelaki tidak akan mengeluarkan sperma selepas proses ejakulasi. Jawapannya tidak benar! Ini kerana sperma masih boleh dikeluarkan biarpun kandungan sperma sudah berubah dan tidak banyak seperti lazim.

Fakta

* Secara purata kira-kira 100 juta sperma terkandung dalam setiap ejakulasi lelaki.

* Saiz buah zakar mempengaruhi bilangan sperma dan saiz melebihi 12 ml dianggarkan isi padu buah zakar yang sihat dan kurang dari itu mungkin menghasilkan kurang atau tiada sperma.

* Kandungan sperma dalam air mani ialah antara dua hingga lima peratus. Sebilangan besar isi padu air mani ialah cecair dari pundi prostat (60 hingga 70 peratus) dan yang selebihnya dari pundi seminal, pundi cowpers dan pepundi dalam salur kencing selain cecair dari pundi epididimis. Berhenti merokok dapat mengubah komposisi ini.

* Air mani keluar secara memancut apabila lelaki mencapai klimaks. Keadaan itu berlaku akibat proses percetusan sistem pancutan atau ejaculatory system.

* Jika ejakulasi berlaku berulang kali, ejakulasi seterusnya menyebabkan pengeluaran air mani tidak lagi memancut. Air mani hanya meleleh walaupun lelaki itu muda.

* Perokok tegar lebih berisiko mempunyai masalah bilangan sperma yang kurang dan peratus sperma yang bergerak juga kurang serta perlahan atau lambat. (Rokok lagi…kalau rasa susah nak berhenti merokok, panduan berikut mungkin dapat membantu anda atau pasangan hentikan tabiat buruk ini: Panduan Berhenti Merokok)



This entry was posted in Gelagat Manusia and tagged , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Saiz Buah Zakar Mempengaruhi Bilangan Sperma

  1. abd qayyum says:

    kalau begitu….
    zakar saya 20 centimeter….
    pernah melancap/masturbasi zakar saya….
    air mani/sperma saya banyak ??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge