BEIJING: Polis China menahan kira-kira 3,470 orang tahun ini dalam operasi membanteras bahan lucah dalam internet termasuk menutup ribuan laman web yang menyiarkan bahan menjolok mata, lapor media tempatan semalam.
Ogos lalu, China secara rasmi menarik balik rancangan menggunakan perisian tapisan internet ke atas komputer baru yang dijual di negara itu selepas menerima bantahan dalaman dan antarabangsa.
Namun, kerajaan terus mengekalkan kawalan ketat terhadap penggunaan internet, menegaskan perlu berbuat demikian bagi melindungi golongan muda daripada pengaruh buruk.
Aktivis pula menyifatkan langkah itu bertujuan membendung kritikan terhadap Parti Komunis yang memerintah.
Agensi Xinhua memetik Kementerian Keselamatan Awam melaporkan, terdapat lebih 1.25 juta kandungan lucah dalam talian dan 7,000 laman web lucah dan penulisan’ dikeluarkan daripada internet tahun ini.
“Polis juga bertindak dalam 3,500 kes lucah,” kata agensi berita Xinhua tanpa mengulas lanjut. – Reuters
lucah btol la dowang nih..suka tol tgk bende lucah..lucah2..