Jarum dalam otak punca sakit mental




BEIJING: Sekumpulan doktor di barat daya China mengeluarkan sebatang jarum dari otak seorang budak perempuan berusia 11 tahun, dipercayai dimasukkan selepas dia dilahirkan dalam cubaan membunuh oleh saudaranya yang mahukan bayi lelaki.

Jarum itu dikesan sekumpulan doktor Ogos pada lalu selepas ibu budak perempuan terbabit berusaha dengan pelbagai cara untuk mengesan punca kecacatan mental anaknya, lapor halaman web Sichuan Online.

Budak perempuan yang dikenali sebagai Ping Ping itu tidak dapat berjalan dan bercakap sehingga berusia enam tahun dan pada masa ini tahap kecerdikannya menyamai kanak-kanak berusia tiga tahun selain sering demam.

Beliau dilaporkan menjalani pembedahan di sebuah hospital di Chengdu, ibu kota wilayah Sichuan.

Ibu kanak-kanak terbabit, Yang Xiaohui, mengesyaki saudara mereka cuba membunuh kanak-kanak terbabit sebaik saja selepas dilahirkan.

Di bawah dasar perancangan keluarga satu anak di China, kebanyakan keluarga lebih suka mendapatkan anak lelaki. ? AFP

-bharian

This entry was posted in Berita Tergempar and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

5 Responses to Jarum dalam otak punca sakit mental

  1. IndependentQueen says:

    jahatnya manusia!

  2. wah…. kesian org tu! Nanged your post! Hopefully you will nang to read about Iyouwe.info is back with the name IyouweBlog.com !!!!!!!

  3. gila ehh jantina pun berkira… patut mati org yang kenakan budak perempuan tu

  4. PiNk says:

    kejamnye!!

    anak tu kan anugerah tuhan, tak kisah la lelaki ke ppuan.

    buatnye dah bunuh anak ppuan, pastu sampai istri dah menopause pun anak semue ppuan, baru tau.

    geram betul kekejaman camni.

  5. windxsnow says:

    oh my gosh~~

    passby nuffnang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge