Ekonomi gawat punca susah tidur
- Festival Bogel di Jepun (1.000)
- Ibu dituduh lakukan SEKS dengan budak 12 tahun (1.000)
- Daftar pakaian untuk elak mimpi ngeri (1.000)
- Kulit LABU jadi topi keledar (1.000)
- Siapa PELACUR Hollywood termahal? (1.000)
TAIPEI: Lebih seorang daripada lima orang di Taiwan mengalami masalah sukar untuk tidur nyenyak yang besar kemungkinan berpunca daripada kerisauan akibat masalah ekonomi, angka yang melebihi purata di peringkat global, kata penyelidik semalam.
Kaji selidik di kalangan 4,005 orang mendapati 21.8 peratus daripada jumlah penduduk mempunyai masalah tidur atau tidur tidak nyenyak, kata Lee Hsin-chien, pengerusi psikiatri di hospital kerajaan Shuang-Ho di Taipei.
Di luar negara, secara puratanya 10 hingga 15 peratus daripada penduduk mengadu sukar tidur, katanya, sementara kadar di Taiwan adalah 10 peratus pada 2000.
Masalah berpunca akibat kegawatan ekonomi di pulau yang bergantung pada eksport itu mungkin menjadi penyumbang kepada peningkatan kadar berkenaan, kata Lee.
Diebetes, darah tinggi, kerisauan dan kemurungan juga mendorong kepada masalah tidur seperti mana keadaan kesihatan juga menurun akibat cara hidup Barat, tambahnya.
Awal tahun ini, Taiwan adalah ekonomi keempat terbesar di Asia selepas Jepun, Hong Kong dan Singapura yang menghadapi kegawatan berikutan krisis kewangan global dan kejatuhan dalam permintaan eksport di rantau ini.
Keadaan ekonomi terjejas mendesak majikan menghentikan pekerja atau tidak membayar gaji.
“Banyak faktor boleh menjadi penyebabnya. Ia mungkin membabitkan ketegangan diri atau keadaan kesihatan mereka,” kata Lee. ? Reuters
-bharian







